21 October 2011

Gaddafi - Kebenaran vs Kepalsuan

Kebenaran vs Kepalsuan!

Kita telah dikejutkan dengan kematian Muammar Gaddafi pada 20 Oktober 2011 seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar dunia.

Pemimpin Libya yang digulingkan ini telah melarikan diri semenjak Majlis Kebangsaan Peralihan (NTC) menawan Tripoli yang memaksa beliau bersembunyi pada bulan Ogos lepas. 

Gaddafi telah berikrar untuk mati mempertahankan negara terhadap serangan-serangan NATO yang membantu meningkatkan kempen ketenteraan menentang rejim beliau. 

Gaddafi sentiasa menyokong gerakan-gerakan revolusioner di seluruh dunia. Media yang disokong oleh Amerika Syarikat memuji regim Apartheid Afrika Selatan, berbalik ke Libya, Gaddafi melatih dan menghantar pejuang-pejuang mereka kembali dengan senjata terbaik untuk menentang regim Apartheid dan memenangi kebebasan di Afrika Selatan.

Tiba-tiba, akhbar memulakan serangan harian keatas pemimpin Muammar Gaddafi, menyuling kebencian, menyebarkan pembohongan, memalsukan video untuk apa? Apakah yang ingin dibuktikan? Jenayah kerajaan Libya? Rupa-rupanya, ini adalah disebabkan kebangkitan popular di Algeria, Tunisia, Yaman dan Mesir.

Tidak keterlaluan dikatakan, ia adalah strategi pengganas kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan pengaruh di dunia Arab. Di Mesir, kerajaannya jatuh disebabkan keyakinan kepada Amerika Syarikat ditolak oleh rakyat. Mubarak adalah semata-mata ejen kepentingan AS dan Israel di rantau ini. Dengan kejatuhan Mubarak, kapal-kapal Iran mula beredar di sekitar perairan Israel, menyebabkan rasa tidak senang dan kemarahan diplomatik yang tunduk kepada imperialisme dan Zionisme.

Selepas kejatuhan Mesir, kerajaan AS cuba untuk membahagi dan melemahkan Libya, dan usaha AS ini menerima sokongan daripada penyokong Bin Laden, dan beribu-ribu pelarian Mesir sejak beberapa tahun yang lalu mengambil perlindungan di timur Libya, kerana melarikan diri dari penindasan di Mesir. Perpindahan orang-orang Mesir, diikuti oleh Algeria, Tunisia dan Somalia serta pengikut Al-Qaeda diterima dengan baik oleh Gaddafi. Mereka dilayan dengan sepatutnya, menikmati hospitaliti orang Libya, tetapi malangnya pendatang-pendatang ini menikam mereka dari belakang, mencetuskan pemberontakan, sabotaj, keganasan dan kemusnahan harta benda awam.

Sewaktu berkuasa, Gaddafi tidak membina istana dengan emas, tidak membeli kapal layar mewah atau koleksi kereta yang diimport. Beliau menumpukan perhatian untuk membina semula negara, memastikan keadaan hidup yang lebih baik untuk rakyat. Hari ini, Ghaddafi yang sebenarnya bukan Presiden atau Perdana Menteri Libya, tetapi media mahukan beliau meletakkan jawatan yang tidak wujud.

Pembohongan media tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa Gaddafi menyokong perjuangan kebebasan di Nicaragua, Cuba, Angola, Mozambique, Afrika Selatan dan banyak negara lain, khususnya membantu orang-orang yang berjuang untuk pembebasan. Gaddafi adalah seorang dermawan, tetapi bagi media upahan, sikap dermawan ini telah songsangkan bagi mencipta peperangan dalam mencari keuntungan bagi industri senjata atau untuk menguasai dunia, seperti mana peperangan yang dicipta oleh Amerika Syarikat di Korea, Vietnam, Iraq, Palestin, Afghanistan, El Salvador, Nicaragua dan di banyak negara lain.

Seterusnya media-media upahan ini mencipta gosip dan propaganda yang benar-benar tidak masuk akal, berhubung dengan kekayaan dan adat pelik yang sentiasa dieksploitasi oleh media, dicipta khusus untuk Saddam Hussein, Yasser Arafat, Fidel Castro, Ahmadinejad, Hugo Chavez dan lain-lain. Pemimpin-pemimpin ini adalah Pemerintah yang serius, tidak akan berlutut ketakutan kepada Amerika Syarikat dan media-media upahan syaitan.

Satu lagi fakta ialah, media tidak boleh memalsukan HDI (Indeks Pembangunan Manusia) yang diukur oleh pegawai-pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Data-data ini menunjukkan Libya pada tahun 1970, berada pada satu keadaan yang sedikit lebih buruk daripada Brazil (HDI sebanyak 0.541, berbanding 0.551 untuk Brazil). Indeks HDI bagi Libya, melepasi Brazil pada tahun-tahun seterusnya. Pada tahun 2008 indeks tersebut adalah 0,810 (kedudukan 43), berbanding 0,764 (kedudukan 59) jauh meninggalkan Brazil. Ketiga-tiga sub-indeks iaitu pendapatan, panjang umur dan pendidikan yang terdiri daripada indeks keseluruhan HDI bagi Libya adalah yang tertinggi di negara Afrika.

Dalam menganalisis HDI tersebut, Libya berada di kedudukan ke 53 (0,755) dan Brazil ke 73 (0,699). Libya adalah negara yang mempunyai HDI tertinggi di Afrika. Oleh itu, rakyat Libya menikmati pengagihan pendapatan, kesihatan dan pendidikan awam yang percuma. Hampir 10% pelajar Libya menerima biasiswa untuk belajar di negara-negara asing. 

Jadi, apa jenis pemerintahan diktator ini? Pemerintahan diktator tidak akan membenarkan semua ini dinikmati oleh rakyat. 

Gaddafi menulis Buku Hijau, Teori Universal Ketiga, yang berkaitan dengan isu-isu kontroversi dan sebenar. Beliau mengadu, sebagai contoh, pemalsuan demokrasi melalui perhimpunan parlimen yang berselindung disebalik hak kebebasan awam tetapi sebenarnya didalangi dan mempunyai maksud-maksud tertentu. Dalam kebanyakan negara-negara yang menganggap diri mereka demokratik, termasuk Amerika Syarikat, parti-parti politik menganjurkan kumpulan-kumpulan jenayah untuk merampas wang rakyat dalam Perhimpunan Perundangan, Majlis Bandar Raya, Dewan Rakyat, dan lain-lain.

Tetapi akhbar akan terus memalsukan berita, mencipta kebencian mendidih dengan menyebarkan pembohongan, kerana akhbar-akhbar upahan tersebut mengikut perintah dari kerajaan Amerika Syarikat (AS), yang sangat berminat dengan rizab besar minyak Libya.

Akhbar-akhbar utama dan stesen televisyen di dunia menggunakan agensi-agensi berita dari Amerika Syarikat, melakarkan berita berat sebelah, mengelirukan dan memperdayakan pembaca. Akhbar-akhbar ini KUNUNNYA mengumpul pendapat umum, dan disebabkan kenaifan atau maklumat yang salah, rakyat berkelakuan seperti boneka, mengiya dan bersetuju dengan apa jua peranan dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan AS.

Peranan-peranan yang dimainkan oleh AS dan konco-konconya tidak akan berakhir, orang-orang Arab Libya akan menghadapi kuasa-kuasa asing yang berkuasa. Sekali lagi rakyat Libya akan menang, kerana mereka mempunyai kepimpinan Muammar Gaddafi, panduan yang berkesan, kuat dan mulia TETAPI malangnya semua itu telah berakhir dengan kematian Gaddafi. 


Nota:
  • Dalam wawancara dengan wartawan Barat pada bulan Januari 1986, Gaddafi bercakap terus terang tentang kehidupan dan bagaimana dia telah disalah faham oleh Barat. Beliau memberitahu, dia mengagumi bekas Presiden AS George Washington dan Abraham Lincoln dan pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Gamal Abdul Nasser - Mesir, Mahatma Gandhi - India, Sun Yat Sen - Cina dan Garibaldi serta Mazzini - Itali.
  • Diantara buku kegemaran Gaddafi ialah The Outsider karya penulis British Colin Wilson dan Uncle Tom’s Cabin and Roots.
  • Gaddafi juga memperkenalkan buku 'Green Book, The Third Universal Theory', yang mengupas tentang kontroversi dan isu sebenar serta perhimpunan yang berselindung dibawah demokrasi yang dirancang dengan tujuan-tujuan jahat.
  • Beliau juga menyatakan, "Saya melihat media sebagai utusan antara saya dan dunia untuk memberitahu mereka kebenaran."

Sepanjang temubual ini, terserlah sinar, bahawa Muammar Gaddafi adalah seorang pejuang yang mempunyai pemikiran yang mendalam dan nilai kemanusiaan semula jadi.

Disunting semula : The Total Collapse