Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Professor Dr Abdul Aziz Bari yang dikaitkan dengan IDEAS dan beliau amat aktif memperkatakan sesuatu yang dikaitkan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Aziz Bari merupakan ahli akademik, pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan professor Undang-Undang Perlembagaan khasnya berkaitan Perlembagaan Beraja.
Laman Akedemi Merdeka memperkenalkan Aziz Bari sebagai Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).
Apa itu Akademi Merdeka? IDEAS? Siapa di belakang mereka? Akademi Merdeka ialah projek pendidikan ide-ide libertarianisme yang diusahakan oleh Atlas Global Initiative For Free Trade, Peace and Prosperity.
'Misi Akademi Merdeka ialah untuk menjadi platform penyebaran
faham libertarianisme di Nusantara, terutamanya di negara Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Brunei,' manakala editornya seperti yang dilapurkan laman tersebut ialah Wan Saiful Wan Jan.
IDEAS ditubuhkan oleh Wan
Saiful Wan Jan, Tunku Abidin Muhriz, dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad pada tahun 2006 bertujuan untuk membentuk sebuah Negara Liberal di
Malaysia serta menerapkan nilai-nilai liberal di kalangan rakyat negara
ini, seperti yang tercatit di laman mereka.
Pada asalnya IDEAS dinamakan ‘Malaysia Think Tank London’ (MTTL), kemudian ditukar kepada Malaysia Think Tank (MTT) dan akhirnya ditukar kepada
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada 14 Disember
2009.
Menurut Wikipedia,
IDEAS adalah rakan kongsi kepada ‘The Atlas Economic Research
Foundation’ di Washington, D.C. yang menerima dana daripada ‘The
International Policy Network’ dan ‘The Friedrich Naumann Foundation’.
Sumber Asal: AIDC