4 October 2014

Rasionalisasi Kenaikan Harga Minyak



04 Oktober 2014 - Saya mohon maaf kerana kita terpaksa mengurangkan subsidi minyak secara berperingkat. Tahun lepas kita belanja RM23.5B untuk subsidi petrol, diesel dan LPG. Lebih 11% dari jumlah pendapatan negara.

Jumlah subsidi RM68.5B untuk 3 tahun 2011-2013 amat tinggi. Banyak ketirisan walaupun KPDNKK telah banyak melakukan Ops Titik / Operasi Mencegah Penyuludupan.

Jumlah penggunaan petrol dan diesel sekarang 2B liter sebulan. Pengurangan subsidi 20 sen seliter bermakna kita jimat subsidi RM400 Juta sebulan atau RM4.8B setahun.

Penjimatan ini akan digunakan untuk:

1) Membina kemudahan pengangkutan awam, hospital, sekolah dan lain-lain. Banyak hospital, pembaikan sekolah yang tertangguh sebelum ini kerana kekurangan peruntukan.

2) Meningkatkan bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah.

3) Baki digunakan untuk mengurangkan defisit balanjawan negara kepada 3.5% tahun ini dan 3.0% tahun 2015.

Ini perlu untuk mengelakkan dari kadar penarafan kredit antarabangsa kita diturunkan dari taraf A3/A- . Sekiranya ia berlaku, kos pinjaman akan meningkat, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas.

Memandangkan subsidi telah dikurangkan 20 sen September 2013, inflasi dijangka kekal sekitar 3.3% sehingga Mac 2015.

Dengan pelaksanaan GST April 2015 inflasi dijangka meningkat kepada kadar 5% sehingga Mac 2016 sebelum kembali kepada paras 3%.

Peningkatan BR1M dan pelepasan cukai diharap dapat membantu meringankan kos sara hidup.


YB Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri