Pendahuluan
Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur
tradisi yang keempat. Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang
Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra
dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan
kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu[1] tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan
sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan
kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan
British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua
hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa
orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis.
Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di
bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas
perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi
kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat
persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam
pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha pendidikan yang lain dan permit
serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan. .
Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu. .
Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting , hak untuk mendapat layanan yang sama rata.
Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu. .
Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting , hak untuk mendapat layanan yang sama rata.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang
Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai
Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi
kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap
sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai
pertahanan legal bagi ketuanan/kedaulatan Melayu , kepercayaan orang Melayu
bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut
peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini,
tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan
undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan
munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam
(selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan
keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain
yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa
permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan
apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan
undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan,
mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan
biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan
khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada
mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana
pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian
biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan
khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi
arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3)
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa
jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa,
danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain
yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan
Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan
ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen
dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang
itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit
atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud
memastikan perizaban itu—
- (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
- (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
- (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan
ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain
yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang
setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang
bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan
itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada
bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang
di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu
kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang
di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh
memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata
bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Hak-hak istimewa orang Melayu
Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan[2]. Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
- (a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di Persekutuan atau di Singapura; atau
- (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka
imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu terdampar di
kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan mereka tidak dapat
bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini untuk bekerja dilombong
dan ladang getah. Setiap orang di Tanah
Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang
berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah
Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru,
malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang
tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di bawah Perkara 153[3] Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan perdagangan.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong[4], tidak merupakan hak istimewa orang Melayu
tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan
dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.
Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan
Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada
Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang
ditetapkan.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang
Melayu seperti tanah untuk Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat
tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah
dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas
untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah
bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak
boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh
diambil untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang
tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan
biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu
daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi
yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu
mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka
menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah
perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu
berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja
Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin
selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak Tanah
Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan
istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah
rezab orang Melayu menurut fasal (1).
Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi
rezab Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka
tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut
undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan
Negeri itu dengan suatu Enakmen.
Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah
di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut
undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh
diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.
Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan
berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di
tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung
baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan
politik yang penting di Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk
bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara
sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat
dikatakan sebagai 'Chinatown'.
Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.
Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.
Jawatan Dalam Kerajaan
Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih
mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan
mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah
berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih
mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak
lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai
Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses
politik.
Peruntukan Biasiswa
Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam
bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi
mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas
perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya
dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas
YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di
Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan
utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-anak orang Melayu ke universiti
dan mendapat biasiswa.
Bantuan Ekonomi
Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan
majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara
dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada
ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang
Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan
menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan
sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah[5] Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada
pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan
perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala
orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai
buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara
satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.
Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975)
merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)[6]. Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk
menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi
di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai
tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu.
Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,
sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan
kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.
Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar
ekonomi[7] ini ialah menggalakkan orang Melayu dan
rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada
dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan
memiliki saham dalam syarikat-syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui
rancangan-rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional.
Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi
Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi
Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah
diri serta jauh sekali bersikap apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak
kita. Jangan pula kita mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong
dalam buku "May 13" yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk
menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu.
Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan
Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan
bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak
bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada
ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua
mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba
untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’
Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya
ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac
2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran
mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes
kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca
daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi
lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan
terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan
semula jadi terhadap konflik dan keganasan).
Setelah lebih 50 tahun kemerdekaan Malaysia,
formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua
kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial
ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak
yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak
sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas
bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan
mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan
mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa:
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa:
“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang
kaum dan agama perlu diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka
untuk perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama.
Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap orang
menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan
harmoni”.
Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan
politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara
manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum
yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal
kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang
penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.
Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan
hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di
dalam perlembagaan persekutuan.
Ketuanan/Kedaulatan Melayu
Menurut Mantan Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris
untuk mempertahankan Ketuanan/Kedaulatan Melayu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6QOgKwnkJTUZE7ANT5WmsmoMaNCuIjYA0niW_t7Fej9YlPLQoa3Iyg5oIC3hjyqsgbgg3GM6SQc7y-c5W8GuZbg4h7vLqF0HUvd1ayNBtnBTqmqMo9POTaKO97S8pZicajc0VDsc20ZY/s320/wasiat+2.jpg)
Konsep Ketuanan/Kedaulatan Melayu ini sering kali
dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang
berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)
mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu
walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau
fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan/kedaulatan Melayu tidak menjadi satu
perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan
konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu,
seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum
kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep
keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang
Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan
Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtE0oMHFPdfLuvRVTRyYJGlwQsVey176fi6ZwbykceBvicSXxlFg-oskGTAqQVXb0iBa7ZNsPAZAzwi8x5V1rR7kAI8jIxr6ZtHW-BOkMIQ74q8PQocJOrBXWuxvsXMDbfGQtn0ZdMV10/s320/Wasiat3.jpg)
Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal
diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan
"orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap
penduduk asal Malaysia.
Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam
pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar
Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif
menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga
diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang
bukan Melayu ke dalam kaum Melayu.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu
tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan
keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat
prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah
tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan
hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.
”Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma
mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan
sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.
”Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi
ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang
paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan
diri,” katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan
Kepimpinan Perdana.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh591F61S0v2S6hXc9OJvN8VAjqi24tgkXc9dVYwE8P7CM4GERV-q1WFvHm5j_xRghFNNu6DCtqqM3ZJxsEuAmZG4AFwt6gopjVE0STF9IdIe1Kad6rgmkHQZNY4VcTSE33VtC6Fty4VSA/s320/Wasiat4.jpg)
Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak
mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa
mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak
mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang
telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.
”Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri
keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak
sosial, kita bagi banyak.
”Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta
kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan
Tun Tan Siew Sin.
”Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak
ambil balik hak yang diberikan kepada mereka,” katanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF5tw1xdRQr3G7jsfLRc2p8o_YYBMTIAbqy3w0mH_Ai5SaCPn9GcFIOW1b4v2chtFQ9N856UkcLZ_HKksBORl4y83HXP59rvvvH2FGi3ZuK5FzeIlmXAe_sVChwTXOkscrPiSiZxoiRdI/s320/Wasiat5.jpg)
”Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan
tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza
dengan orang Cina dan India,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah
pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika
Syarikat (AS) sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh
seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.
”Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada
kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.
”Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit
tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah
oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika,” katanya.
Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa
UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan
raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal
dibersihkan.
FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh71nZbivpHAReaBwQBJSvzo_RuLyPg6YydIqGO62n59X4IKt2_3MzTSqTh8RcSnrmhyphenhyphenGkUghZZQdE2WLCkQd0e-3W0YsTDm9mah6Kkj9ZE4l_kDGUCyWx05HC-ll_UB1CKCHPtoWNqRbo/s320/Wasiat6.jpg)
Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang
tinggal di kawasan luar bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar
besar, masih ramai tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah,
bukanlah sesuatu yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang
tidak mempunyai pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk
menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga
pastinya sangat terhad.
Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran
terutamanya bagi keluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta
kawasan-kawasan pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal,
pakaian, kesihatan, pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya
terpaksa ditempuh seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan
anak-anak juga terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula
syarat untuk ibu bapa mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh
diberikan pinjaman pendidikan pada masa depan.
Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan
kehidupan seharian, bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan
pendidikan anak mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu
akan beterusan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini. Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.
Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini. Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.
Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak
pahit untuk ditelan ialah orang Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang
penting menyebabkan agak sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang
lebih besar. Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat
misalnya, meskipun kuota 30 peratus[8] yang diperuntukkan kepada bumiputera
dipenuhi, namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam
senarai jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran
orang Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada
kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh modal
insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan kaum
lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang Melayu
perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang pendidikan
yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.
Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga
pekerja Melayu, yang meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan
pengajian tinggi, namun tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga
menyempitkan peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya
hanyalah sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana hakikatnya,
masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya peluang-peluang
pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik tingginya kadar
pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan sikap segelintir
industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak memungkinkan orang Melayu
untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang menolak kepada keinginan orang
Melayu untuk menceburinya.
Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan
ekonomi Melayu juga, pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat
terbahagi secara sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu
semata-mata. Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri
dalam bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana
pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang
meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun,
dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang,
sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau
monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing.
Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau
warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam
cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta,
kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya,
semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.
Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang
kukuh, orang Melayu yang cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja
mencari musibah, dan tidak mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali
di sinilah pentingnya peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam
memastikan kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang
perlu diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai
oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih ramai
usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang kekuatan
kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program menambah nilai
keusahawan atau sokongan logistik lainnya.
HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN ZAMAN?
Persoalan Hak Keistimewaan
Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan
kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang
dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul
orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak
Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun
kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan
keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang
kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir
kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda
mereka.
Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di
hapuskan. Apakah tidak kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak
yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut
bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum
lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan
bangsa lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera
dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?
Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun
sehingga hari ini seolah-olah sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru
ini Naib Presiden MCA menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk
kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan
memansuhkan ekuiti 30 peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi
ekonomi dengan orang Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan
dan kita perlu memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan
kedudukan pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling
ramai sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?
Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan
isu yang sebenarnya mampu meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas
hak yang sepatutnya dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu
tidak mencabar orang Melayu. Noktah!
Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai
ekuiti 30 peratus, adakah desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi
kaum lain terhadap Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu
kongsi mereka? Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi
hanya perlu ada di satu pihak sahaja?
Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak
yang ada pada Melayu adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang
menebal dan satu pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama –
siapa yang dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas
semula. Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur
sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh
bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang
di buat oleh Melayu.
Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu
ini. – Jual sahaja Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah,
rasakan bersama dan turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang
menyalahgunakan DEB sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain
untuk dihapuskan bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang
apda asasnya mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila
duduk dan bila berdiri.
PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN?
1. Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam
Melayu yang ingin mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu
penghinaan terhadap orang Melayu dan orang Islam.
Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang
kepada bangsanya sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada
pihak lain.
Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan
lagi kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan Negara.
Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara
ini faham hak masing-masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh
mana-mana pihak lagi.
Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan
orang melayu, tidak mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum
lain seperti Hak Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus
mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu
mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama selepas
kemerdekaan. Jika tidak negera ini akan jadi neraka.
Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara
China, orang India berbangga dengan negara India, orang Melayu hanya boleh
berbangga dengan Malaysia sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama
kaum-kaum lain.
Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang
melayu dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah
prinsip kita dan kita akan tetap mempertahankannya sampai bila-bila.
2. November 2000, kita dikejutkan sekali lagi
dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan/kedaulatan Melayu oleh Timbalan
Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta
Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula
masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang
dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan
rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan menggugat
kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan kaum.
Dato Seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu,
kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur
walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak hak keistimewaan orang-orang
Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan,
subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.
Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996
tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama
pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang
perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera.
Bagaimana pun pengekalan Hak Keistimewaan orang
Melayu ini tidak bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara
kelas kedua dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan
Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata
kerana tidak semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai
lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang
berada dibawah garis kemiskinan.
Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan
orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan
masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan
diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak
mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang
mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi
golongan bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara
ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan
mereka memberikan sumbangan kearah pembanguan serta memakmurkan ekonomi negara.
Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat
oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)
yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan
dalam segala bidang samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya
mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada
pertengan tahun 1980an.
KESIMPULAN
MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan/kedaulatan Melayu[9] dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.
MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan/kedaulatan Melayu[9] dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.
Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu?
Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan
dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di tanah air sendiri?
Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi
kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan?
Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayu di
Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu?
Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik
tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan
bahawa ketuanan/kedaulatan Melayu tidak lagi relevan?
Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu
bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu
tidak akan mampu berbuat demikian.
Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan
seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga
teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah
pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi
kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik
bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa
ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.
Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya
yang mendorong bukan Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya
hak Melayu dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat
Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan
masa depan politik.
Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap,
berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa
sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan
bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat.
Segala keistimewaan yang termaktub di sisi
Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala
Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri. Lebih
menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan/kedaulatan Melayu
dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia
itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut.
Penyingkiran Singapura
dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia"
yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan akhirnya menyemarakkan lagi
perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya
menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah
mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini menyebabkan hubungan antara
kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan semakin renggang. Peristiwa
13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969
diketahui.
Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada
13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat.
Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.
Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak
bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang
bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan
kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi
memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang
bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta
mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini
mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur
masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih
terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak
dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan
ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis
Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang
kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara[10].
Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau
mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan/Kedaulatan
Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang
dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh
sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan
negara.
Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua
pihak bersatu dan
bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.
bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.
[1] Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.
[2] Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153.
[3] Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan
pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan
kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
[4] YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk
memelihara hak istimewa orang Melayu mengikut dan berdasarkan Perkara 153.
[5] Dasar “divide and rule”.
[6] Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di
Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak
Dato' Hussein digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
[7] RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara,
Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar
Sains dan Teknologi.
[8] P.Persekutuan, Perkara 153.
[9] Ketuanan/Kedaulatan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu
adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia.
[10] Mengandungi lima Perkara:
(1)
Kepercayaan Kepada Tuhan.
(2)
Kesetian Kepada Raja Dan Negara.
(3)
Keluhuran Perlembagaan.
(4)
Kedaulatan Undan-Undang.
(5)
Kesopanan Dan Kesusilaan.
Sumber: Pejuang Bangsa