26 Oktober 2014 - Semakin anda membenci, semakin kita bertambah kuat.
Semakin anda cuba memecah-belahkan kita, lebih kita bersatu-padu. Semakin anda
berniat buruk, lebih luas rahmat Allah kepada kita.
Seperti yang anda saksikan sendiri, kita
dikurniakan dengan rezeki yang luas berbanding pasukan lain dalam tanah air.
Ini kerana kita lebih mengutamakan menambah baik organisasi sendiri, dan
bukannya menjaga tepi kain orang. Dalam sukan, kejayaan tidak bermaksud
sentiasa menang tanpa merasa kalah. Kejayaan juga
adalah dari aspek memiliki sebuah organisasi yang konsisten, profesional dan
diiktiraf di mata dunia.
Kepada rakyat Johor sekalian, marilah kita
bermuafakat dan bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan. Kita hendaklah
sentiasa positif dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Seperti
nasihat Almarhum nenda saya, "Seekor harimau tidak terganggu tidurnya
disebabkan pandangan kambing biri-biri".
Kepada Allah kami berserah. Hidup mati Johor.
DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
Tunku Mahkota Johor
Sumber : Johor Southern Tigers