11 Oktober 2014 – Intipati Bajet 2015 yang diumumkan pada
10 Oktober 2014 yang lepas oleh YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan adalah:
1. Bajet 2015 bertemakan Ekonomi
Keperluan Rakyat, dengan jumlah peruntukan RM273.9 bilion, meningkat RM9.8
bilion berbanding peruntukan asal 2014.
2. RM223.4 bilion bagi perbelanjaan
mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
3. RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1
bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
4. Di bawah peruntukan pembangunan,
sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
5. Peruntukan untuk sektor sosial
merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat
(RM12.6 bilion).
6. Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9
bilion)
7. Kutipan hasil kerajaan Persekutuan
untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
8. Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal
kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka
berkurangan kepada 3 peratus.
9. Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan
menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
10. Barangan dengan anggaran nilai RM3.8
bilion dikecualikan GST.
11. Pemansuhan cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
12. RM4.9 bilion disalurkan untuk
keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
13. Hasil kutipan bersih GST berbaki
RM690 juta.
14. Kerajaan akan terus menyediakan
ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan
asing.
15. Projek infrastruktur 2015; membina
Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh
Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya
Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala
Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi
sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke
Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah
Alam-Klang (RM9 bilion).
16. Projek Pengerang Integrated
Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih
10,000 pekerjaan.
17. Dana pinjaman sustainable mobility
fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai
permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
18. RM100 juta Dana Industri Kandungan
Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
19. RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu
menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam
tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
20. Kerajaan mensasarkan 29.4 juta
pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia -
Year of Festivals 2015'.
21. RM316 juta diperuntukkan di bawah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
22. TEKUN sediakan RM500 juta untuk
pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta
(usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program
pembangunan usahawan bekas tentera)
23. Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS
kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
24. RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu
menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam
tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
25. Penjualan runcit minyak petrol
RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
26. Kadar penggunaan elektrik yang tidak
dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
27. Kadar cukai pendapatan individu akan
dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak
lagi perlu membayar.
28. Golongan berkeluarga berpendapatan
RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
29. Bagi tahun taksiran 2016, kadar
cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24
peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana
dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
30. Kerajaan memperuntukkan RM40.5
bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
31. Kerajaan akan membangunkan satu
mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.
32. RM56 bilion diperuntukkan kepada
Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan
pembelajaran.
33. Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu
iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama
penuh.
34. RM1.2 bilion untuk program
Transformasi Vokasional dan Teknik
35. RM800 juta diperuntukkan untuk aspek
keselamatan, persekitaran pembelajaran dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan
36. Kos bil elektrik dan air semua
sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan dibayar sepenuhnya
dengan siling RM5,000 sebulan berbanding kuota RM2,000 sebelum ini
37. RM3 bilion diperuntukkan untuk
tajaan pelajaran - RM1.9 bilion melalui tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Kementerian Pendidikan (RM759 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM258 juta)
38. Sehingga kini, seramai 2.1 juta
rakyat Malaysia telah mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) berjumlah RM47.8 bilion, bagaimanapun, setakat 31 Ogos 2014,
hanya RM5.36 bilion atau 46 peratus daripada RM11.76 bilion pinjaman telah
dikutip.
39. Setakat 2010, seramai 174,000
peminjam PTPTN langsung tidak pernah membayar balik pinjaman, kerajaan akan
mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada mereka.
40. Rebat 10 peratus diberikan sekiranya
peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan
sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada
peminjam yang membuat penyelesaian sekali gus mulai hari ini hingga 31 Mac
2015.
41. Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan
yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus
terbela.
42. Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans
Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
43. RM600 juta diperuntukkan bagi
meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat
berkaitan kerajaan (GLC).
44. RM2 bilion diperuntukkan menerusi
MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.
45. Kerajaan akan mula membina Lebuh
Raya Pan Borneo sepanjang 1,663km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936km
dan Sabah sepanjang 727km dengan kos pembinaan RM27 bilion.
46. RM660 juta diperuntukkan kepada
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkukuhkan
keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
47. Landasan lapangan terbang di Lahad
Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat,
Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan
RM50 juta.
48. RM2.26 bilion diperuntukkan kepada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan
operasi.
49. Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia
Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
50. Skim Perumahan Belia secara
perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.
51. Mulai Januari 2015, bantuan
persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah
rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
52. RM6 bilion diperuntukkan kepada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan
Makanan.
53. RM23.3 bilion diperuntukkan bagi
perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di
Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia,
mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
54. RM1.2 bilion bantuan kewangan
disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan
Upaya (OKU) .
55. RM117 juta diperuntukkan kepada
Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi
mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
56. 80,000 unit rumah PR1MA dibina
dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.
57. Membina 26,000 unit rumah Program
Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.
58. Membina 12,000 unit Rumah Mesra
Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah
persendirian.
59. RM4.5 bilion diperuntukkan bagi
menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di
Sabah dan Sarawak.
60. Kerajaan akan menyediakan National
Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara
untuk jangka panjang.
61. RM17.7 bilion diperuntukkan untuk
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan
tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.
62. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan
bulanan RM3,000 ke bawah.
63. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan
antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450
kepada RM750.
64. Pemberian bonus sebanyak setengah
bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar
pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak
RM250.
Sumber: BERNAMA