18 November 2011

Penggubal Undang-Undang Rusia Menyokong Di Denda 'Propaganda' Gay

Penggubal Undang-Undang dari Parti Pemerintah Kesatuan Rusia menyokong Rang Undang-Undang kontroversi bagi mengenakan denda terhadap galakkan "propaganda" gay di kalangan golongan muda di bandar Saint Petersburg. 

Rang Undang-Undang yang dicadangkan itu telah diluluskan pada bacaan pertama pada hari Rabu di Parlimen di bandar tersebut, di mana parti itu menguasai 23 daripada 50 kerusi. Ia perlu diluluskan dalam dua bacaan lanjut untuk menjadi Undang-Undang. 

Aktivis hak gay mengadakan piket dan mengumpulkan tandatangan dalam petisyen terhadap Rang Undang-Undang tersebut. Dua orang ditahan hari ini kerana menunjukkan tanda-tanda bantahan berhampiran bangunan Parlimen, media tempatan melaporkan. 

Di bawah Rang Undang-Undang itu, sesiapa yang melakukan "perbuatan awam" mempromosikan homoseksual, biseksualiti atau transgender kepada kanak-kanak boleh didenda sehingga 3000 Rubles ($ 97,50), manakala organisasi pula boleh didenda 10,000 hingga 50,000 Rubles. 

Rang Undang-Undang itu tidak memberi sebarang definisi terhadap maksud 'perbuatan awam', dan aktivis mengatakan ia boleh digunakan untuk melumpuhkan acara kebanggaan gay, yang kerap diharamkan di Rusia. 

Rang Undang-Undang itu juga mengenakan denda yang sama bagi menggalakkan pedofilia, tacitly menyamakan dengan homoseksual, yang didiskriminasikan di Rusia pada tahun 1993 di bawah Presiden Boris Yeltsin. 

Vitaly Milonov penyokong parti Kesatuan Rusia berkata, ia bertujuan untuk "menghentikan aliran maklumat yang tidak bermoral ke atas kanak-kanak dan golongan muda," dalam komentar rasmi nya. 

"Kadang-kadang ibubapa dan sekolah-sekolah tidak dapat menghalang industri showbiz yang berkuasa menggalakkan aktiviti tidak bermoral dan serba membolehkan," katanya.

Pusat Memorial Anti-Diskriminasi di St Petersburg, sebuah kumpulan hak asasi, mengeluarkan kenyataan meminta dimansuhkan Rang Undang-Undang tersebut, dengan berkata ia "bercanggah dengan Rusia dan norma-norma Undang-Undang Antarabangsa." 

Jika diluluskan, Rang Undang-Undang itu "akan merosakkan reputasi bukan sahaja Rusia, tetapi Saint Petersburg sebagai sebuah bandar raya Eropah," Igor Kochetkov dari Jaringan LGBT Kumpulan Hak Asasi berkata dalam blog video nya. 

Rang Undang-Undang itu mempunyai matlamat "pada malam sebelum pilihan raya untuk mendapatkan undi daripada pengundi yang paling konservatif," katanya. 

Homophobia casual adalah perkara biasa di Rusia, di mana hampir tiada tokoh masyarakat bercakap secara terbuka mengenai menjadi gay.


Sumber: Yahoo News