HIMPUN: PAS Tidak Terlibat
PAS mengambil pendirian untuk tidak menyertai majlis Himpunan Sejuta Rakyat anjuran Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal diadakan pada 22 Oktober 2011 bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Apakah muslihat PAS dalam perkara ini? Sepatutnya PAS menyokong penuh dan menggalakkan ahli-ahlinya menyertai perhimpunan tersebut kerana ianya BERTUJUAN memertabatkan Islam, menolak gerakan pemurtadan, menerangkan persoalan akidah melalui hujah agama bukan dipolitikkan dan menserlahkan institusi Raja-Raja sebagai payung Islam dan Melayu menangani isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama.
Lebih mengelirukan lagi, PAS sanggup pula menyokong dan menghadiri Demonstrasi Haram Bersih 2.0 anjuran Ambiga Sreenevasan yang terang-terang menyokong pemurtadan, bersikap bacul dalam isu JAIS vs DUMC, berdiam dalam isu larangan membaca Al-Quran sebelum azan subuh, berdolak-dalik dalam isu pelaksanaan Hukum Hudud, menyokong pemimpin yang mempunyai salah laku moral dan menyokong perjuangan komunis dangan menidakkan pengorbanan pejuang bangsa.
Seperti yang dijelaskan Sekretariat HIMPUN, perhimpunan yang bakal dianjurkan tidak berpaksi kepada mana-mana parti politik dan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut:
- Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
- Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
- Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
- Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
- Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Lebih pelik lagi, pemimpin-pemimpin PAS bertelagah sesama sendiri dalam menyatakan pendirian berhubung dengan program Himpunan Sejuta Rakyat ini. Pertelagahan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk seri Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.
Presiden PAS mengambil pendirian yang membawa maksud, PAS tidak akan menghadirkan diri menyokong Himpunan Sejuta Umat berdasarkan kenyataan akhbar beliau seperti berikut:
KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.
Berbeza pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS yang menyokong perhimpunan tersebut menggalakkan ahli-ahli PAS menyertainya berdasarkan kenyataan beliau dibawah:
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru umat Islam supaya hadir pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober ini.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, usaha murni tersebut perlu disokong terutama di kalangan golongan muda beragama Islam negara ini.
“DPPM merakamkan setinggi – tinggi tahniah kepada Sekretariat HIMPUN di atas penganjuran perhimpunan tersebut.
“Saya mengharapkan usaha murni ini disokong oleh seluruh umat Islam dan menyeru umat Islam hadir beramai-ramai khasnya anak-anak muda,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nasrudin seterusnya berkata, beliau membuat kenyataan ini selepas mendapat komitmen daripada Sekretariat HIMPUN bahawa objektif HIMPUN untuk memotivasi ummah agar bangkit mempertahan dan memperjuangkan aqidah ummah.
Menurutnya, HIMPUN juga bertujuan menghimpun dan menyatukan umat Islam khasnya di atas isu aqidah dan sebagai satu pernyataan sikap dan deklarasi ummah yang sedia berjuang.
Tambahnya, HIMPUN adalah himpunan awam yang bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan aqidah ummah.
“Insyaallah saya dan rakan-rakan DPPM mengambil sikap yang sama terhadap HIMPUN pada 22 Oktober kelak. Semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah,” katanya.
Adakah ini bermaksud PAS tidak menyokong dalam memertabatkan Islam dan menganggap bahawa PAS sahaja lah yang lebih Islamik dan layak menjadi juara dalam hal-hal Islam, atau menerima tekanan dari anggota-anggota lain dalam Pakatan atau sebenarnya PAS memang telah terkeliru dengan perjuangan parti disebabkan cita-cita politik yang sempit?
PAS terkeliru dan mengelirukan!!
PAS terkeliru dan mengelirukan!!