19 October 2011

Realiti Cincin Bernilai RM24 Juta

Isu cincin beharga RM24 juta yang KUNUNNYA dibeli oleh Datin Seri Rosmah Mansor begitu hangat diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu tanpa disokong oleh bukti-bukti yang kukuh mahupun yang lemah.

Isu cincin yang digelar “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ ini diperhebohkan di PAUTAN ini.

Ceritanya bermula apabila nama Rosmah Mansor terdapat pada ruang Penerima dalam Borang Pelanggan Sistem Maklumat Kastam (JKED), yang didakwa bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat Pemunya cincin itu selepas beberapa hari.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak Polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana Suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan malas hendak melayannya. 


FAKTA Berhubung Dengan Cincin Berlian RM24 juta:

  • Cincin berlian RM24 juta tersebut dibawa masuk ke Malaysia oleh PEMILIKNYA Jacob & Co menerusi ejen serantaunya MALCA-Amit untuk Pameran Peribadi.
  • Nilai harga cincin berlian tersebut yang diisytiharkan dalam borang Perisytiharan Kastam ialah RM24 juta.
  • Cincin berlian tersebut telah diambil semula oleh PEMILIKNYA iaitu Jacob & Co pada 20 April selepas empat hari tiba di Malaysia pada 16 April 2011.
  • Nama Datin Seri Rosmah Mansor tercatit di ruang 'Pemeriksaan oleh' pada borang Pengisytiharan Kastam.
  • Cincin berlian yang DIMILIKI oleh Jacob & Co, adalah barang yang TIDAK kena cukai di bawah UNDANG-UNDANG Malaysia.
  • Pameran Peribadi oleh ejen serantau Jacob & Co telah berlaku di suatu kediaman persendirian VVIP di Kuala Lumpur pada sekitar 17 - 19 April 2011.
  • TIDAK BENAR bahawa cincin RM24 juta yang DIMILIKI oleh Jacob & Co DIBELI oleh mana-mana VVIP yang turut hadir pada Pameran Peribadi tersebut.

SEKARANG ini, cincin yang 'didakwa dibeli' oleh Datin Seri Rosmah Mansor kini berada bersama PEMILIK YANG SAH iaitu Jacob & Co di New York.

Fitnah dan pembohongan besar ini sengaja dibuat bertujuan jahat oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik sempit dan merosakkan.

Untuk maklumat lanjut sila KLIK.