Menteri Kebudayaan dan Penerangan
Arab Saudi Dr Abdulaziz bin Mohieddin Khojah kagum dengan pencapaian
Malaysia dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik, yang katanya hasil
daripada kebijaksanaan dan dasar sederhana Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Beliau menyatakan demikian pada pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Omar Al-Saqqaf di Riyadh pada Rabu, lapor agensi berita nasional negara itu Saudi Press Agency (SPA).
SPA berkata Dr Abdulaziz juga memuji peranan penting syarikat Saudi yang melabur di Malaysia, terutama dalam bidang telekomunikasi dan industri petroleum.
Beliau menyebut tentang peranan penting Saudi Telecom, Petro Saudi dan syarikat lain serta hubungan erat antara dua negara Islam itu.
Omar pula bercakap tentang kejayaan musim haji tahun ini, khususnya hasil daripada peranan penting yang dimainkan Arab Saudi dalam memberi perkhidmatan kepada jemaah.
Beliau juga amat menghargai hubungan erat Saudi-Malaysia dan berkata Malaysia menyanjung tinggi peranan Arab Saudi dalam bidang politik ke arah memelihara keselamatan dan kestabilan antarabangsa.
SPA melaporkan bahawa Omar mempelawa ahli perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia.

Sumber: BERNAMA