26 November 2011

Pergerakan Pemuda UMNO Maju Ke Hadapan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah lama dilihat oleh Umno sebagai berpendirian liberal dalam banyak isu. Kini, dia berdiri membuktikan kewajaran tersebut.
 
Kerajaan bersungguh-sungguh meliberalisasikan ekonomi dan meminda beberapa Undang-Undang yang dirasakan ketinggalan zaman, dan ini sejajar dengan desakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau tersebut dan penyokong kuat beliau dalam Pemuda Umno.
 
Di bawah kepimpinan beliau, sayap Pemuda UMNO mula berpisah daripada acuan lama yang memperjuangkan isu-isu yang kurang "Melayu-centric" tetapi lebih bersifat Malaysia secara keseluruhannya.
 
Pergerakan Pemuda mengunjur kehadapan dengan agenda liberal, walaupun terdapat banyak kritikan daripada tradisionalis.
 
Di Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini, Pemuda Umno boleh berbangga kerana banyak kejayaan telah dicapai dan banyak cadangan yang telah diterima dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.
 
Khairy berkata, apabila sayap memutuskan untuk mengambil pandangan berbeza keatas beberapa isu kontroversi seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kebebasan akhbar dan Akta Universiti dan Kolej Universiti, ramai ahli-ahli dalam parti telah mempersoalkan langkah tersebut.
 
Mereka mendapati sukar untuk memahami arah-tuju Pemuda Umno sebagai sayap parti dimana Pemuda sebelum ini dilihat sebagai juara orang Melayu dan sangat radikal mengenai isu-isu etno-sentrik.
 
"Mereka berkata kami memperjuangkan isu-isu yang sama dengan agenda Pembangkang. Tetapi saya terus menjelaskan bahawa kita perlu kepada perubahan kerana inilah yang dikehendakki oleh golongan muda. Kita masih boleh radikal tetapi kita perlu menjadi radikal sederhana dan radikal progresif. Kini, usaha kami telah menampakkan kejayaan."

Beliau berkata, Perhimpunan tahun ini benar-benar akan mempamerkan perpaduan Sayap. Masalah dalaman yang menimpa Pergerakan pemuda dua tahun lalu telah diselesaikan, katanya.
 
Ditanya tentang tumpuan Pemuda di Perhimpunan Agung pada hari Rabu, sehari sebelum persidangan utama parti, Khairy berkata, topik utama akan diberikan kepada transformasi politik dan persediaan untuk pilihan raya umum yang akan datang.
 
Bagaimanapun, Khairy mengakui, dia juga perlu untuk mengemudi beberapa "perkara-perkara sensitif", terutamanya jangkaan di kalangan ahli-ahli mengenai pencalonan pada Pilihanraya akan datang. "Tetapi saya perlu bersabar dan berhemah terhadap jangkaan mereka," katanya.

Beliau akan menekankan, bahawa mendapat kerusi yang banyak untuk Pergerakan Pemuda adalah sia-sia jika Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya yang bakal diadakan.
 
Mengenai isu lain, Khairy berkata beliau juga telah sengaja mengurangkan penglibatan Pergerakan dalam demonstrasi jalanan "kerana bercakap adalah lebih murah".


Sumber asal: Kritis Online