Anggota Umno tidak boleh bersikap
hipokrit dan lokek untuk mengakui kelemahan sekiranya sayang kepada
parti, kata Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Senator
Datuk Syed Ali Al-Habshee.
Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata beberapa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang jika dibiarkan begitu sahaja boleh sedikit-sebanyak melemahkan keyakinan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Sebahagian besarnya berasaskan kepada laporan yang kesahihan faktanya masih diragui tetapi cukup menarik perhatian rakyat.
"Kita tidak boleh hipokrit jika kita sayangkan Umno dan kita juga tidak perlu lokek untuk mengakui kelemahan jika kita sebenarnya pejuang rakyat," katanya dalam laman blog UmnoCheras.blogspot.com Selasa.
Syed Ali berkata jika diteliti dan direnung dengan berlapang dada, sebenarnya Umno tidak ada masalah yang boleh memberikan impak negatif kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya, ungkapan spontan seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur menarik perhatiannya yang berkata "Umno tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR), yang nampak teruk kerana Umno terkena tempias daripada kerja orang lain".
Syed Ali berkata:"Di sebalik ungkapan tersebut pada hemat saya ialah rasa tidak puas hati dan kecewa golongan akar umbi terhadap sikap sesetengah pihak yang memperalatkan Umno sebagai platform untuk meraih kepentingan peribadi dan keluarga".
Sumber: BERNAMA