Perhati dengan teliti apa yang sedang berlaku disekitar anda. Adakah apa yang mereka (Illuminati) rancang itu telah terlaksana? Jawabannya ialah mereka amat berjaya dan cemerlang.
Anda tidak perlu pergi jauh, telitilah agenda mereka dalam negara ini sudah cukup untuk anda menilai tahap keberkesanan perancangan mereka. Sejak kebelakangan ini ia menjadi semakin jelas. Banyak peristiwa yang sebahagiannya masih lagi panas dan hasilnya mampu menggoyah iman.Tujuan mutakhir mereka ialah untuk memadamkan cahaya Islam dari hati kaum Muslimin dalam mana kaum Muslimin tidak mampu berbuat apa-apa.
Illuminati dengan kerjasama secret soceity terutama Jesuits dan Fremasons telah melakukan jenayah terancang di bumi Islam. Kita harus belajar mengenali perancangan mereka agar tidak mudah terjerat. Janganlah kita menjadi ejen mereka secara percuma yang mengundang kemurkaan Allah swt. Setelah kita tahu, pastinya kita dapat segera keluar dari laluan yang mereka aturkan.
Mengucarkacirkan masyarakat Islam dengan menganjurkan kewujudan kelompok elit yang perjuangkan Islam Liberal. Diikuti oleh tuntutan penggunaan nama “Allah” oleh pihak kristian, membuat gimik menjadikan kristian sebagai agama Persekutuan, menghina bendera negara, menghina Agong dan istana, mengajak masyarakat berdemo politik keanakan, memperbanyakkan pusat khidmat seks, mewujudkan kumpulan manusia gilakan hiburan, mencuba murtadkan orang Islam terang-terangan di bulan ramadhan, mempersempit tahap pemikiran politik, menganjurkan seks bebas dan sodom, mempersenda ibadah korban. Bahkan mereka mula menuntut itu dan ini yang semuanya bertentangan dengan Islam. Apa lagi akan mereka lakukan selepas ini sekiranya ejen mereka berjaya memerintah kelak?
Anak muda menjadi sasaran mereka. Bagi yang terpelajar, akan dihasut untuk mengagungkan budaya dan pencapaian Barat yang tentunya menjauhi Islam. Melatih anak muda agar terpesona dengan perjuangan siasah radikal berdasarkan kebebasan bersuara. Demokrasi Liberal dari Sekular menjadi tunjang pegangan kaum muda. Islam selayaknya dipelajari ala kadar dan amat serasi dengan bawaan Islam Liberal.
Mereka yang kurang terpelajar pula di pecahkan kepada beberapa kelompok yang sering mensia-siakan hidup mereka. Mereka dilekakan dengan hiburan dan ada diantaranya telah ditakluk oleh budaya liar. Gulungan yang radikal dan rendah akal diusul untuk melakukan aksi gila yang sukar diterima seperti merempit, berdisco/dadah dan mat metal.
Memandangkan golongan muda merupakan kumpulan rakyat terbanyak, sementara demokrasi sekular pula memenangkan mereka yang memperolehi undi terbanyak, golongan muda ini tentunya akan memberi undi kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan duniawi dan keseronokan bukannya kepada yang memperjuangkan akhlak dan agama.
Anda boleh nampak dari sini ke mana demokrasi ini akan membawa kita. Masyarakat yang rosak akan dipimpin oleh mereka yang juga rosak moralnya. Pastinya kejahatan akan terus memuncak sehingga saat huru hara yang amat kita bencikan.
Janganlah anda harapkan Islam dapat diangkat sebagai pemerintah melalui sistem demokrasi sekular ini.Selamatkan diri dan keluarga anda dari kemelut yang amat menjijikkan ini. Carilah mereka yang dapat membantu anda menghindarkan jerat musuh yang amat jahat ini.
Genggamlah syahadah sekuat mungkin sekiranya anda sudah mendapatnya dari orang yang diamanahkan mentalkinkannya. Jika belum, dapatkanlah bimbingan, berusahalah segera sebelum terlambat.Dengan syahadah yang murni bersalsilah dari Rasulullah, insyaAllah kita akan selamat.Saya imbas kembali perancangan mereka dan anda bandingkan dengan pelbagai peristiwa dalam negara kita sejak akhir-akhir ini.
“Lihatlah Kuda Pale – Behold a Pale Horse” dan agenda Illuminati.

25 matlamat berikut akan di laksana oleh Amerika dan seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.
25 Objektif Illuminati
01. Aturkan semua manusia supaya lebih mudah cenderung ke arah kejahatan berbanding kebaikan.
02. Anjurkan gerakan Liberalisme (keluar dari dogma keagamaan)
03. Gunakan idea “kebebasan” untuk melahirkan pertentangan atau krisis antara kelas masyarakat
04. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang ditetapkan.
05. Perolehi “Hak” untuk berbohong ke atas setiap perkara yang berlaku.
06. Kekuatan sumber dan keupayaan kita harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh di permainkan atau kekuatan yang tidak boleh dirosakkan.
07. Galakkan kecenderungan untuk merusuh (secara psikologi) sebagai cara menguasai masyarakat.
08. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.
09. Miliki harta atau aset dengan apa cara pun
10. Gunakan slogan-slogan seperti hak, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan rakyat jelata dalam peperangan psikologi
11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing
12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan “calon” yang dipilih dan ditempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka dan akan digunakan sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat mereka harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.
13. Mengawal akhbar atau media.
14. Agen akan muncul ke depan selepas mencetus kacau bilau dan berlagak sebagai penyelamat orang awam.
15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan/kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan menggunakannya sebagai alat untuk mengawal orang ramai ataupun perusuh dan kemudian gunakan perusuh untuk menghapuskan semua penghalang.
16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.
17. Kendalikan nilai penipuan secara sistematik, dengan menggunakan “slogan” secara lantang dan ungkapan dan taburkan janji hidup mewah kepada masyarakat walaupun semua itu palsu
18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, membahas halacara pertempuran jalanan, mana-mana yang perlu untuk menyegerakan penguasaan terhadap penduduk.
19. Gunakan agen sebagai penasihat di belakang tabir selepas perang dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.
20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .
21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.
22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.
23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh para pengarah.
24. Menyusup ke semua kelas dan tahap masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, mempermain dan merosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.
25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.
Sumber: SufiSense