21 October 2011

Malaysia Negara Teratas Paling Selamat

Projek Keadilan Dunia (WJP) bagi Indeks Peraturan Undang-Undang 2011 dalam laporannya mendedahkan bahawa Malaysia menduduki tempat PERTAMA di kalangan 19 negara berpendapatan pertengahan atas untuk keselamatan, meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara lain seperti Perancis dan Belgium. 

Malaysia mencapai kedudukan ke-12, satu kedudukan di hadapan Amerika Syarikat yang  menduduki tempat ke-13 dan Britain berkedudukan di tempat ke-14 dalam keselamatan negara.

Juan Botero, Pengarah WJP bagi Indeks Peraturan Undang-Undang berkata, indeks tersebut mengukur langkah-langkah pelaksanaan dan penguatkuasaan dalam amalan undang-undang dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

Laporan itu menunjukkan bahawa Malaysia mendapat skor 1 untuk keberkesanan menghadkan konflik awam dan 0.5 bagi ketiadaan jenayah dan orang-orang yang tidak melakukan keganasan.

Julat skor indeks diantara 0 yang terendah dan 1 yang tertinggi.

Pengarah Eksekutif WJP iaitu Hongxia Liu berkata, memperoleh kedaulatan undang-undang adalah satu cabaran yang berterusan dan mencapai kemajuan dalam sesebuah negara pula adalah kerja yang berterusan.

Liu menambah, Indeks tidak direka untuk memalukan atau menyalahkan tetapi sebagai penanda aras yang berguna untuk negara-negara lain di kawasan, budaya, Undang-Undang dan tahap pendapatan yang sama.

Usaha-usaha Jenayah NKRA di bawah GTP melihat kadar jenayah menurun sebanyak 35% dan indeks jenayah keseluruhan menurun sebanyak 15% pada tahun 2010.