Forum Antarabangsa sempena perhimpunan agung
UMNO 2011 yang masuk tahun kedua tahun ini dilihat cukup penting
walaupun ianya baru diperkenalkan tahun lalu.
Pengerusi Forum Antarabangsa Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata forum
tersebut sekaligus merupakan satu pengiktirafan besar parti di dunia
luar terhadap UMNO dan negara Malaysia.
Menurut beliau jika sebelum ini delegasi luar hanya berada pada waktu
perasmian, namun kali ini ianya memberi ruang untuk mereka datang dan
mengambil bahagian menerusi forum yang dianjurkan.
“Alhamdulillah ini merupakan satu komponen yang dilihat penting
walaupun baru diperkenalkan tahun lepas. Pengiktirafan yang diberikan
delegasi luar yang selalu hanya untuk berada di perhimpunan sewaktu
perasmian tetapi sekarang ini mereka datang untuk mengambil bahagian
dalam forum seperti ini.
“Bagi UMNO ini perkara yang besar dan tidak banyak parti politik lain
dalam dunia yang memberi paltform sebegini besar kepada wakil parti
lain seluruh dunia untuk datang,” katanya.
Forum Antarabangsa itu merupakan kali kedua dianjurkan UMNO sempena perhimpunan agung parti itu tahun ini.
Tambah Ahmad Shabery lagi, forum berkenaan merupakan platform kepada
wakil parti-parti negara luar yang hadir untuk berkongsi pandangan dan
pengalaman dalam menghadapi krisis.
“Bagi kita ini satu pengiktirafan dunia parti politik negara sahabat
untuk bersama dengan UMNO dan mengiktiraf sebagai parti baik, parti yang
mereka ingin bersahabat dan negara Malaysia juga dapat dicerminkan
sebagai negara yang baik kerana ia dikendalikan oleh parti yang baik.
“Dalam masa yang sama dapat kita terangkan sebagaimana dalam ucap
tama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tadi bagaimana Malaysia boleh
dianggap antara yang baik dalam mengurus dan mengendalikan krisis
seperti ini.
“Bahkan kalau kita lihat di negara yang maju yang dianggap telus,
betul kerajaannya, pengurusannya lebih baik, mempunyai pakar ekonomi
lebih baik sekarang ini masih lagi bergelut dengan kemelut bagaimana
untuk menghadapi krisis di negara mereka,” katanya.
Sumber: TG Azman TG Abas - MediaUMNO
Sumber: TG Azman TG Abas - MediaUMNO