8 January 2012

PAS Pecat Hassan Ali

Kepimpinan tertinggi PAS petang tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu Dato' Dr Hassan Ali yang sejak akhir-akhir ini menentang PAS dan beberapa pemimpin dari Pakatan.

Kepimpinan PAS juga tertekan dengan desakan Azmin Ali selaku wakil Pakatan Pembangkang dan Pengerusi Penganjur Bebaskan Anwar 901 yang menggesa PAS mengambil tindakan tegas ke atas Dato' Dr Hassan Ali selepas membuat kenyataan menentang PKR mengadakan perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Jawatankuasa PAS Pusat sebulat suara memecat Dato' Dr Hassan Ali dari PAS dengan serta-merta. Manakala, jawatan Exco dalam kerajaan Selangor bergantung kepada keputusan Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan media Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (Ahad), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9), iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dr Hassan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan PAS.

PAS sanggup mengadaikan ahlinya yang amat konsisten memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja, demi cita-cita politik sempit PAS yang tiada hala tuju sebenar.