Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

1 October 2014

PAS YANG SESAT, UMNO JUGA DISALAHKAN

Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh ‘teman sebantal’, pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.

Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.

UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah lama memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang. Maka istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS.

“Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain”.

Itu satu ungkapan yang selalu kita baca, dengar selama ini dan sering kali dilontarkan kepada Pakatan Pembangkang bukanlah satu omong kosong. Ianya adalah perkara yang jelas kelihatan walhal dalam perjuangan mereka pun sudah terdapat tanda-tanda mereka telah gagal membentuk dasar yang mereka bakal laksanakan.

DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.

Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti ‘Islam’ namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau (ADUN PAS Morib). Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam.

Pemimpin PAS mudah lupa

Begitu hebatnya rasa kebencian yang ditanam PAS sebelum ini kepada ahlinya sehingga mereka bertindak melawan kepimpinan PAS sedia ada kerana bernafsukan kepada pangkat dan jawatan. Kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.

PAS kena ingat bahawa DAP bukannya membuli PAS sebaliknya mereka mempunyai ketetapan mempertahankan Perlembagaan parti mereka dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.

Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar Perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.

Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham Ustaz Azizan (Menteri Besar) bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan. Dari isu sekecil-kecil zarah sehingga sebesar gunung, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan Agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.

Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri. PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan Agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam.

Kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan Agama, Bangsa & Tanah Air.

Namun kejayaan PAS hari ini adalah membantu kempen DAP dan PKR bagi memberi kuasa rakan dalam Pakatan menambah buli & derita kepada PAS.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 Oktober 2014

KERAJAAN DAP PULAU PINANG : CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

01 Oktober 2014 - ISZUREE IBRAHIM, Bendahari PAS Pulau Pinang hari ini mengingatkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memikirkan semula tindakan melucutkan semua jawatan Bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam Jawatankuasa Tindakan Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bendahari PAS itu dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengkritik kredibiliti dan ketelusan pentadbiran Lim Guang Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP (secara total) dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah merobohkan lebih 25 buah kampung kerana melaksanakan pembangunan dengan membina perumahan elit yang berharga jutaan ringgit.

PAS Pulau Pinang secara jelas dinafikan hak bersuara oleh Lim Guang Eng yang hanya melantik seorang EXCO PAS sahaja dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan majoriti EXCO yang lain adalah kaum Cina daripada DAP dan PKR. Selain daripada itu, pimpinan PAS yang dilihat tidak bersefahaman dan mengkritik pemerintahan Lim Guang Eng akan dikenakan tindakan keras seperti nasib Bendahari PAS Pulau Pinang ini!

Selain daripada itu segala peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya bertumpu di kawasan elit yang dikuasai kaum Cina manakala hanya 1.5% sahaja peruntukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diperuntukkan di kawasan kampung-kampung yang majoritinya daripada kampung Melayu.

Mengikut kajian Ekonomic GRP Center bermula daripada tahun 2010 ekuiti kedudukan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang jatuh merundum dan hanya 0.7% sahaja pemilikan aset di Pulau Pinang seperti pemilikan bangunan, rumah dan perniagaan milik bumiputera, 0.9% dikuasai kaum India manakala 98.4% sumber ekonomi Pulau Pinang dikuasai oleh kaum Cina.

5 February 2012

Contradictory Statements on Azizan’s ‘Gag Order’ Exposes PAS' Incapable Leadership

The contradictory statements on the 'gag order' issued towards Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak exposes PAS’ incapable leadership, said Umno Youth's New Media Unit chief Tun Faisal Ismail.

He said that the matter also exposes PAS’ lack of communication and shows that the party is uncertain in its direction.

Earlier today, Azizan told reporters that he will no longer comment on the Universities and University Colleges Act (AUKU) issue following instructions by his party, PAS, to stop talking to the media over the suspension of the state-owned Kolej Universiti Insaniah (KUIN) students.

However, PAS deputy president Mohamad Sabu later dismissed the gag order, saying that it was just an internal discussion and that the media had made an inaccurate report on the matter.

Meanwhile, Shah Alam MP Khalid Samad also echoed Mohamad’s statement by denying the reports saying that there was no such order and that he had not received any information regarding the purported gag order.

Tun Faisal said lately PAS has been in a state of disarray with no proper direction as there is no one in the party capable enough to take charge of its leadership.

"There seems to be disunity and lack of leadership in PAS," said Tun Faisal when contacted by Malaysian Digest today.

He said of recent the party's president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has been a lot less vocal, while its spiritual leader, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat is not in a healthy state.

With this latest development, he said, no one else in the party dare to step up to take charge of the party's leadership.

He said the way Azizan made the statement about the gag order is as if “he is unsatisfied with PAS’ current policy which favors the Buku Jingga instead of the holy Quran”.

"Now the new stream in PAS refers to the Buku Jingga, and not the holy Quran which used to be the party's initial struggle," he said.

He added that even recently sacked and Selangor PAS' former commissioner Datuk Dr Hasan Ali had also highlighted about the 'parasites' that are spreading rapidly within the party causing it to stray from its Islamic state policy.

The purported gag order which is believed to have come from the PAS leadership was issued after Azizan lambasted his critics who questioned him for supporting the suspension of the five KUIN students for organizing protests against the college in May last year.


Source: Malaysiandigest - Haider Yutim

8 January 2012

PAS Pecat Hassan Ali

Kepimpinan tertinggi PAS petang tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu Dato' Dr Hassan Ali yang sejak akhir-akhir ini menentang PAS dan beberapa pemimpin dari Pakatan.

Kepimpinan PAS juga tertekan dengan desakan Azmin Ali selaku wakil Pakatan Pembangkang dan Pengerusi Penganjur Bebaskan Anwar 901 yang menggesa PAS mengambil tindakan tegas ke atas Dato' Dr Hassan Ali selepas membuat kenyataan menentang PKR mengadakan perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Jawatankuasa PAS Pusat sebulat suara memecat Dato' Dr Hassan Ali dari PAS dengan serta-merta. Manakala, jawatan Exco dalam kerajaan Selangor bergantung kepada keputusan Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan media Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (Ahad), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9), iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dr Hassan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan PAS.

PAS sanggup mengadaikan ahlinya yang amat konsisten memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja, demi cita-cita politik sempit PAS yang tiada hala tuju sebenar.

11 December 2011

Ulamak Sependapat Bahawa Nik Aziz Perlu Bertaubat

UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

(01) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat Tuhan. Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah Sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin, kita semua wajib belajar Sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu? [Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, Guru Agama di Kelantan]

(02) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu (samseng) tak boleh. [Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah]

(03) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. [Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand]

(04) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. [Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas Imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu]

(05) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. Dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. [Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis]

(06) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. [Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan]

(07) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni 'it sounds very bad' sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. [Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan]

(08) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT. [Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis]

(09) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja. [Tok Guru Haji Hashim Daud, Guru agama di Padang Sera, Kedah]

(10) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam. [Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan]

(11) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab ini adalah satu dosa besar. [Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan]

(12) Apabila seseorang menganggap dirinya lebih alim, lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak. [Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, Pasir Mas, Kelantan]

(13) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah samseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat. [Mohamad Ishak, 65 tahun, Guru Quran, Kg. Ana, Tumpat, Kelantan]

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng. Apa yang Tok Guru saya ajar ialah Tuhan itu Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih, dan Maha Pengampun. [Haji Wan Ismail Yaakob, 70 tahun, Guru Al-Quran, Ketereh Kelantan]


Sumber: GelombanG Kick 

30 October 2011

Anwar VS Mahathir: Hak Asasi Manusia - Gay, Biseksual Dan Perkahwinan Sesama Jenis

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dengan Al Gore di London, beliau masih mempunyai masa pada malam Khamis untuk mengemaskini laman web dan mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu hak asasi manusia di Malaysia.

Anwar berada di ibunegara Britain untuk menghadiri mesyuarat Pengurusan Pelaburan Generasi (Gim) yang dimiliki mentornya, Al Gore.

"Jika kita ingin mengikut Barat, yang mengamalkan kepatuhan yang melampau kepada hak asasi manusia sehingga ke tahap yang membolehkan lelaki untuk berkahwin antara satu sama lain dan wanita untuk berkahwin dengan 'pasangan' sesama jenis mereka sendiri ... ini mesti ditolak dengan sekeras-kerasnya," kata Mahathir kepada pemberita di Simposium Usahawan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) di Hotel Istana di Kuala Lumpur Khamis.


Walaupun apa yang diperkatakan oleh Mahathir adalah sesuatu yang umum dalam alam semula jadi, ia membuat Anwar cukup teruja untuk melontarkan api kembali.

Beliau menyalin satu artikel oleh Melissa Lee yang disiarkan dalam Malaysian chronicle, mengkritik bekas Perdana Menteri dan diterbitkan semula di laman web peribadi beliau, anwaribrahimblog.com.

Dengan berbuat demikian, Anwar sangat berhati-hati dan tidak memasukkan ungkapan-ungkapan seperti 'perkahwinan sama jantina' berbanding dengan mentornya, Al Gore yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai penyokong kuat LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender).

Kritikan itu ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat, Bush, untuk dasar Januari 17, 2008  yang mendiskriminasikan perkahwinan sama jantina menjadi antara isu-isu yang paling kontroversi di Amerika kerana Naib Presiden Amerika yang mendatang menjadi penyokong kuat perkahwinan sesama jantina.

"Saya rasa ia adalah salah bagi kerajaan untuk mendiskriminasi seseorang kerana orientasi seksual mereka," katanya. "Saya berpendapat lelaki gay dan wanita harus mempunyai hak yang sama dengan lelaki dan wanita heteroseksual - untuk membuat kontrak, hak melawat hospital, untuk bersama-sama dalam perkahwinan, dan saya tidak faham mengapa ia dianggap oleh sesetengah orang sebagai ancaman kepada perkahwinan heteroseksual" kata Gore dalam satu temu bual dengan internet-TV yang beliau adalah Pengerusi nya.
 
Ucapan Al Gore pada 'Hari Memperingati Martin Luther King' (penyokong hak-hak gay di Amerika Syarikat) adalah amat dialu-alukan oleh kumpulan American LGBT.

Antara mereka yang menyokong adalah Evan Wolfson, Pengarah Eksekutif Kebebasan Berkahwin, sebuah NGO yang berjuang untuk hak perkahwinan gay di Amerika Syarikat. Beliau memuji Gore dalam sebuah artikel yang beliau tulis untuk huffingtonpost.com.

Walaupun keberanian beliau mengeluarkan kenyataan yang sedemikian, ia tidak menghentikan kritikan keatas Gore, yang kemudian mendedahkan bahawa Naib Presiden Amerika Syarikat erstwhile tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan LGBT.

Tidak lama selepas itu, perceraian antara Gore dan isterinya, Tipper, menjadi persoalan 'tarik-menarik dan serangan.

Globe Magazine mendedahkan bahawa punca perceraian tersebut ialah, Tipper berjaya membuktikan hubungan suaminya dengan seorang lelaki gay.

Skandal-skandal berikutnya yang melibatkan Gore dan wanita yang lain, mengkategorikan beliau sebagai pengamal biseksual.

Menjelang akhir tahun 1990-an, apabila Anwar kali pertama dituduh terlibat dalam homoseksual serta mempunyai hubungan seksual dengan wanita, Gore yang ketika itu masih menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat, adalah antara tokoh yang berkuasa menyokong Anwar, dan dalam mas yang sama menyerang Dr Mahathir.

Tetapi pada masa itu, rakyat Malaysia masih keliru mengapa Gore benar-benar bertekad untuk mempertahankan Anwar, dan dengan beraninya menyebut slogan 'reformasi' Anwar.

Pada September 2, 2004, walaupun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan menyuarakan kepercayaan mereka bahawa dakwaan liwat di Tivoli Villa benar-benar berlaku, Anwar, bagaimanapun, dibebaskan pada majoriti 2-1 kerana kesilapan teknikal yang berkaitan dengan tarikh berlakunya jenayah yang dikatakan serta atas dasar persetujuan sex.

Keputusan hakim-hakim membebaskan tetapi mengekalkan imej homoseksual Anwar menjadi topik yang dibincangkan secara meluas di kalangan pengamal-pengamal media di barat.

Wartawan Lorraine Hahn daripada CNN bertanya Anwar secara berdepan mengenai misteri majoriti 2-1 penghakiman, yang beliau tafsirkan sebagai tidak benar-benar membersihkan imej homoseksual Anwar, walaupun dibebaskan.

Seorang wartawan dari Agence France-Presse (AFP) kemudian menimbulkan lebih banyak soalan-soalan sensitif yang berkaitan dengan penglibatan Anwar dalam aktiviti-aktiviti homoseksual. Dalam jawapan, Anwar menegaskan bahawa 'hak-hak rakyat mesti dilindungi.'

Menurut beliau, walaupun majoriti masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan homoseksual, namun dia masih akan mempersoalkan tindakan kerajaan, yang beliau anggap kejam menggunakan undang-undang untuk memusnahkan kehidupan peribadi seseorang.

"Persoalannya ialah, bagaimana anda menggunakan undang-undang untuk menceroboh dan menyekat hak asasi rakyat untuk mempunyai kebebasan memilih?

"Ini adalah garis sempadan ... saya rasa ia tidak tepat untuk mendedahkan rahsia peribadi seseorang, dan oleh itu saya berpendapat bahawa undang-undang yang berkaitan dengan homoseksual perlu dipinda.

"Isunya ialah pencerobohan ruang peribadi seseorang individu ... oleh itu kita mesti meminda undang-undang untuk memastikan bahawa ia tidak boleh digunakan oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang mahu mengenakan nilai-nilai mereka yang berada di luar skop undang-undang.

"Jadi, saya mencadangkan perlu ada peraturan umum pada homoseksual. Saya juga berfikir di sepanjang garis-garis ajaran Islam dan budaya Malaysia. Walau bagaimanapun, saya berpendapat, kita harus ingat bahawa pencerobohan ke atas rahsia peribadi seseorang individu adalah sesuatu yang mesti dikaji semula," katanya.

Wawancara eksklusif antara Anwar dan AFP juga diterbitkan oleh International Herald Tribune dan Undang-Undang Liwat.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai permintaan untuk amalan perkahwinan sama jantina oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia di barat, Anwar berkata bahawa, walaupun dia adalah seorang liberal, permintaan untuk perkahwinan sesama jantina adalah terlalu mendesak.

"Perkahwinan Gay adalah terlalu mendesak," katanya. "Walaupun saya seorang liberal dalam banyak cara, saya masih berfikir perkahwinan gay sedikit terlalu jauh."

Pada tahun 2007, apabila Anwar menghadiri program yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok, beliau sekali lagi ditanya tentang homoseksualiti.

"Islam yang bagaimanakah anda menganut? Adakah anda seorang Muslim Liberal atau Progresif, dan jika anda terpilih menjadi Perdana Menteri, apa yang anda akan lakukan terhadap homoseksual? Adakah anda juga akan mendiskriminasikan homoseksual di Malaysia?, " Tanya salah seorang peserta.

Menurut wartawan Malaysia, Susan Loone yang menghadiri program tersebut, Anwar sangat berhati-hati ketika menjawab soalan ini.

"Jika saya menunjukkan toleransi yang sedikit, anda akan berkata ... lihat ... anda telah terkena."

Anwar kemudian berkata bahawa dia adalah 'Muslim Liberal-Demokrat.'

Beliau berkata jika beliau menjadi PM, dia akan membenarkan setiap individu untuk melakukan apa-apa hak mereka, dan bukan tugasnya untuk menyiasat kehidupan peribadi mereka.

"Anda tidak boleh menangkap, memukul dan memaksa orang ramai yang mengakui bahawa mereka adalah homoseksual," katanya.

Menurut Susan Loone, apa yang Anwar katakan tersebut merujuk kepada kes adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan penulis ucapan, Dr Munawar Anees.
 

Dalam satu sessi Yahoo! Malaysia online-chat pada Mei 2011, beliau sekali lagi ditanya mengenai komitmen nya terhadap masa depan LGBT di Malaysia, sekiranya beliau menjadi PM.

"Kami menyedari kepentingan kekeluargaan dan institusi perkahwinan, tetapi kita tidak harus campur tangan terlalu banyak (kehidupan peribadi seseorang individu) atau mendiskriminasi hak-hak orang lain. Jawapannya ialah melalui proses pendidikan ... dan pandangan ini diterima oleh PAS," katanya.


Sumber:  AIDCNews