Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

1 October 2014

PAS YANG SESAT, UMNO JUGA DISALAHKAN

Akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh ‘teman sebantal’, pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.

Baru-baru ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO adalah parti yang membuli PAS paling lama dan bukan rakan mereka dalam Pakatan. Kenyataan tersebut boleh diibaratkan seumpama kurang akal atau mungkin hanya kenyataan daripada budak hingusan yang suka-suka meletakkan kesalahan kepada UMNO akibat daripada kealpaan dan kesilapan pemimpin mereka. Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini.

UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah lama memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang. Maka istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS.

“Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain”.

Itu satu ungkapan yang selalu kita baca, dengar selama ini dan sering kali dilontarkan kepada Pakatan Pembangkang bukanlah satu omong kosong. Ianya adalah perkara yang jelas kelihatan walhal dalam perjuangan mereka pun sudah terdapat tanda-tanda mereka telah gagal membentuk dasar yang mereka bakal laksanakan.

DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.

Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti ‘Islam’ namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau (ADUN PAS Morib). Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam.

Pemimpin PAS mudah lupa

Begitu hebatnya rasa kebencian yang ditanam PAS sebelum ini kepada ahlinya sehingga mereka bertindak melawan kepimpinan PAS sedia ada kerana bernafsukan kepada pangkat dan jawatan. Kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.

PAS kena ingat bahawa DAP bukannya membuli PAS sebaliknya mereka mempunyai ketetapan mempertahankan Perlembagaan parti mereka dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.

Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar Perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.

Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham Ustaz Azizan (Menteri Besar) bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan. Dari isu sekecil-kecil zarah sehingga sebesar gunung, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan Agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.

Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri. PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan Agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam.

Kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan Agama, Bangsa & Tanah Air.

Namun kejayaan PAS hari ini adalah membantu kempen DAP dan PKR bagi memberi kuasa rakan dalam Pakatan menambah buli & derita kepada PAS.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 Oktober 2014

KERAJAAN DAP PULAU PINANG : CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

01 Oktober 2014 - ISZUREE IBRAHIM, Bendahari PAS Pulau Pinang hari ini mengingatkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memikirkan semula tindakan melucutkan semua jawatan Bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam Jawatankuasa Tindakan Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bendahari PAS itu dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mengkritik kredibiliti dan ketelusan pentadbiran Lim Guang Eng dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP (secara total) dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah merobohkan lebih 25 buah kampung kerana melaksanakan pembangunan dengan membina perumahan elit yang berharga jutaan ringgit.

PAS Pulau Pinang secara jelas dinafikan hak bersuara oleh Lim Guang Eng yang hanya melantik seorang EXCO PAS sahaja dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan majoriti EXCO yang lain adalah kaum Cina daripada DAP dan PKR. Selain daripada itu, pimpinan PAS yang dilihat tidak bersefahaman dan mengkritik pemerintahan Lim Guang Eng akan dikenakan tindakan keras seperti nasib Bendahari PAS Pulau Pinang ini!

Selain daripada itu segala peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya bertumpu di kawasan elit yang dikuasai kaum Cina manakala hanya 1.5% sahaja peruntukan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diperuntukkan di kawasan kampung-kampung yang majoritinya daripada kampung Melayu.

Mengikut kajian Ekonomic GRP Center bermula daripada tahun 2010 ekuiti kedudukan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang jatuh merundum dan hanya 0.7% sahaja pemilikan aset di Pulau Pinang seperti pemilikan bangunan, rumah dan perniagaan milik bumiputera, 0.9% dikuasai kaum India manakala 98.4% sumber ekonomi Pulau Pinang dikuasai oleh kaum Cina.

12 March 2012

DAP Eksploitasi Bangsa Melayu – Dr. Shamsul Adabi

Tindakan DAP yang dikatakan akan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dilihat sebagai salah satu daripada strategi mereka untuk mendapatkan kuasa iaitu dengan cara mengeklsploitasi bangsa Melayu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat melihat bahawa DAP melakukan satu pertentangan dengan realiti yang sering mereka lakukan sebelum ini.

“Ini adalah sebagai satu strategi bagi menarik perhatian masyarakat Melayu ke dalam dunia politik DAP itu sendiri selain cuba untuk mewujudkan persepsi bahawa DAP itu adalah parti untuk semua kaum,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu bagi memastikan wakil parti itu boleh menjadi Menteri Besar jika mereka memperolehi jumlah kerusi melebihi parti lain seperti apa yang berlaku di Perak pada PRU lalu.

“Sebagaimana di Perak, DAP tidak layak untuk menjadi Menteri Besar biarpun mereka mempunyai kelebihan kerusi berbanding dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang kerana ia telah termaktub dalam Undang-undang Tubuh negeri itu sendiri, jadi dengan adanya wakil Melayu maka mereka akan dapat mengekalkan kuasa dalam DAP sendiri,” katanya.

Jelasnya, orang Melayu hanya menjadi mangsa dalam percaturan politik DAP dengan cara dieksploitasikan sebagaimana perancangan mereka asal saja mereka dapat kuasa.

“Ini adalah agenda ‘ada udang di sebalik mee’ kerana kalau dilihat parti-parti politik di Malaysia kebanyakannya adalah berteraskan kepada idealogi bangsa.”

Ujarnya lagi, tentunya DAP akan menafikan apa yang dibongkarkan berkaitan perancangan mereka untuk meletakkan calon menjelang PRU- 13 atas alasan keahlian dalam DAP terbuka kepada semua kaum dan mereka tidak bersifat rasis.

“Mereka tentunya tidak ada masalah untuk meletakkan kaum Melayu tetapi mereka gunakan kaedah ini untuk ubah persepsi rakyat terhadap DAP kerana selama ini parti tersebut hanya didominasi oleh bangsa lain.

“Implikasi dari perancangan mereka ini dapat dilihat bahawa DAP menggunakan bangsa Melayu dalam parti mereka kerana ada sesuatu yang lain atau sebagai batu loncatan atas apa yang mereka cita-citakan.”

Dilaporkan, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi DUN terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, calon-calon yang dipilih itu adalah mereka yang boleh diterima orange ramai. - MediaUMNO

4 January 2012

Nga Kor Ming To Face DAP Disciplinary Committee

The DAP disciplinary committee is set to hear a complaint against Perak state party secretary Nga Kor Ming in relation to the ‘lounge suit’ controversy.

The committee is expected to convene a meeting ‘within a fortnight’, according to its chairman Tan Kok Wai.

“A complaint was lodged by the Greentown branch in Ipoh against Nga over the lounge suit controversy.

“We will initiate an investigation and hold a hearing within a fortnight,” said Tan.

The lounge suit controversy against Nga, who is also Taiping MP and Pantai Remis state rep, surfaced last month when blogger Ahmad Sofian Yahya, also known as Sekupang Dua, first published documents that implicated Nga in a lounge suit tailoring contract in 2008.

Nga is alleged to have used his position as a state executive councillor to gain for Ethan & Elton a contract to tailor lounge suits in 2008, when Pakatan Rakyat ruled Perak.

Nga’s wife Wong Seow Ching is a director in the company.

Nga however denied the allegations and filed a RM10 million defemation suit against Ahmad yesterday.

Tan added that the hearing could not be conducted last night since it was only a routine central executive committee (CEC).

“The CEC should not interfere in a disciplinary committee meeting. Furthermore Nga could not attend last night’s meeting as he had to attend to some functions in Perak,” said Tan who is also Cheras MP.


Source: MalaysiaToday

30 December 2011

PKR, DAP In Tussle For Johor Seats?

Indications are that there is a tussle between PKR and DAP in Johor over the seats the parties should contest in the state in the next general election.

However, this was denied by PKR Johor chairman Datuk Chua Jui Meng when contacted by Bernama on the matter.

"It is normal. DAP Johor wants PKR Johor seats and vice versa. Discussions are ongoing. Nevertheless, we have to abide by the decision of the central leadership. That's party discipline," Chua said.

The former health minister said that generally the number of seats to be contested by PKR Johor in the next general election would be the same as in the last general election, in 2008.

One of the seats said to be eyed by both PKR and DAP is the Gelang Patah parliamentary seat held by MCA's Tan Ah Heng of the Barisan Nasional (BN).

The PKR fielded a candidate in Gelang Patah in the general elections of 2008 and 2004 but indications are that DAP is eyeing the seat this time round.

DAP seems confident that its candidate has a better chance of wresting the seat from the BN because the party holds Skudai, one of the two state seats within the Gelang Patah parliamentary constituency.

DAP Johor chairman Dr Boo Cheng Hau is the Skudai assemblyman and, according to DAP Johor, he is popular among the local people and has an excellent service record.

The other seat within Gelang Patah is Nusajaya, which houses the state government administrative centre.

Chua is highly confident that the DAP can wrest Gelang Patah from the BN.

"No one can read the sentiments of the people in an election," he said, adding that the central leadership of the opposition pact has yet to determine the candidate for Gelang Patah.

Asked about speculation by political observers that he himself may be fielded in Gelang Patah, Chua said there is also speculation of him contesting in any one of several other constituencies as well.

Besides Gelang Patah, it is also claimed that the DAP and PKR are in a tussle for the Johor Jaya state seat held by Tan Cher Puk of the MCA.

In the general election in 2008, Johor Jaya was contested by Parti Rakyat Malaysia (PRM), which has since merged with PKR.

On the chances of the opposition pact in Johor in the next general election, Chua said the opposition has a good chance to create political history in the state and win at least 29 seats to form the state government.

Johor, which is a BN stronghold, has 26 parliamentary and 56 state seats.
 
 
Source: BERNAMA - By Mohd Haikal Mohd Isa