Tindakan DAP yang dikatakan akan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dilihat sebagai salah satu daripada strategi mereka untuk mendapatkan kuasa iaitu dengan cara mengeklsploitasi bangsa Melayu.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat melihat bahawa DAP melakukan satu pertentangan dengan realiti yang sering mereka lakukan sebelum ini.
“Ini adalah sebagai satu strategi bagi menarik perhatian masyarakat Melayu ke dalam dunia politik DAP itu sendiri selain cuba untuk mewujudkan persepsi bahawa DAP itu adalah parti untuk semua kaum,” katanya kepada UMNO-Online.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa DAP akan meletakkan calon Melayu bagi memastikan wakil parti itu boleh menjadi Menteri Besar jika mereka memperolehi jumlah kerusi melebihi parti lain seperti apa yang berlaku di Perak pada PRU lalu.
“Sebagaimana di Perak, DAP tidak layak untuk menjadi Menteri Besar biarpun mereka mempunyai kelebihan kerusi berbanding dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang kerana ia telah termaktub dalam Undang-undang Tubuh negeri itu sendiri, jadi dengan adanya wakil Melayu maka mereka akan dapat mengekalkan kuasa dalam DAP sendiri,” katanya.
Jelasnya, orang Melayu hanya menjadi mangsa dalam percaturan politik DAP dengan cara dieksploitasikan sebagaimana perancangan mereka asal saja mereka dapat kuasa.
“Ini adalah agenda ‘ada udang di sebalik mee’ kerana kalau dilihat parti-parti politik di Malaysia kebanyakannya adalah berteraskan kepada idealogi bangsa.”
Ujarnya lagi, tentunya DAP akan menafikan apa yang dibongkarkan berkaitan perancangan mereka untuk meletakkan calon menjelang PRU- 13 atas alasan keahlian dalam DAP terbuka kepada semua kaum dan mereka tidak bersifat rasis.
“Mereka tentunya tidak ada masalah untuk meletakkan kaum Melayu tetapi mereka gunakan kaedah ini untuk ubah persepsi rakyat terhadap DAP kerana selama ini parti tersebut hanya didominasi oleh bangsa lain.
“Implikasi dari perancangan mereka ini dapat dilihat bahawa DAP menggunakan bangsa Melayu dalam parti mereka kerana ada sesuatu yang lain atau sebagai batu loncatan atas apa yang mereka cita-citakan.”
Dilaporkan, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi DUN terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, calon-calon yang dipilih itu adalah mereka yang boleh diterima orange ramai. - MediaUMNO