9 February 2012

MALAYSIA BOLEH... Anwar Popular Di Jepun

"Popularlah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jepun selepas ini," itu komen seorang blogger mengulas mengenai penerbitan gambar-gambar dari video seks individu mirip Anwar disiarkan majalah lucah terkenal Jepun, BUBKA.

Cerita mengenai gambar-gambar yang tersiar itu mula menarik perhatian pagi Rabu selepas blog gerakan-anti-PKR.blogspot.com menyiarkan secara eksklusif kisah tersebut.

Gambar-gambar tersebut dikatakan dipetik daripada rakaman video seks individu mirip Anwar dengan seorang pelacur dipercayai warga China.

Menurut pengendali blog tersebut, beliau menerima kiriman email dari seorang rakyat Malaysia yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Zamz dan menceritakan mengenai penyiaran gambar Anwar itu.

"Samada dia pelajar atau pekerja saya tak pasti, namun isi kandungan email tersebut telah mencalarkan imej rakyat Malaysia di Jepun.

"Kata Zamz, dia ditunjukkan oleh rakannya (warga Jepun) mengenai cerita, foto kegiatan seks pemimpin politik Malaysia bernama Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh majalah lucah tersebut," kata pengendali blog GAP itu. Video itu heboh diperkatakan sejak kali pertama didedahkan kepada wartawan di hotel Carcosa Sri Negara oleh trio Datuk T iaitu iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tambhy Chik dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, media melaporkan imej video yang dihantar ke beberapa makmal terkemuka dunia termasuk di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa 99.99 peratus individu dalam klip video tersebut menyerupai Anwar.

Selain video, juga dipersoalkan mengenai 'kehilangan' jam Omega yang dipercayai milik Anwar dan dicuri pelacur China itu sebelum kemudiannya diperolehi semua oleh Datuk Eskay dan diserahkan kepada pihak polis.

Anwar pernah disoal-siasat polis berhubung kes video seks itu, kerana membuat laporan polis palsu mengatakan bukan beliau dalam klip video tersebut.

Namun sehingga kini, ahli parlimen Parmatang Pauh itu belum didakwa sebaliknya trio Datuk T sudah mengaku bersalah di mahkamah kerana menayangkan video berkenaan kepada umum. Kisah gambar Anwar dalam majalah lucah Jepun ini akan menyemarakkan kembali ingatan orang ramai terhadap video tersebut, lebih-lebih lagi apabila fikir, tak sangka rakyat Malaysia boleh keluar dalam majalah lucah popular Jepun. Cayalah, Malaysia boleh...


Sumber: AgendaDaily