Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

20 March 2012

Nalla Cabar Nik Aziz Keluar Fatwa Mengenai Anwar

Senator Datuk KS Nallakarupan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi' dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu," kata Nalla.

"Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah," tambah beliau.


"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah). Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)?" tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan," kata Nallakarupan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia. "Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya

Sumber: AgendaDaily

16 March 2012

Anwar Enggan Bersemuka Dengan RPK Di Forum WikiLeaks

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berkongsi pentas dengan blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu forum anjuran Wikileaks untuk membincangkan senario politik global.

Berikuatan permintaan dari Anwar, Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK telah diketepikan dari menyertai forum berkenaan.

Forum itu dijadual akan diadakan Sabtu ini di Kent, England dan perbincangan di forum itu pada asalnya dirancangkan disertai oleh RPK, Anwar dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.

Anwar dirancangkan menyertai forum itu melalui perhubungan komunikasi menggunakan Skype dan perbincangan berkenaan akan dirakamkan bagi satu dokumentari untuk Wikileaks, bagaimanapun selepas keengganan Anwar meyertainya jika RPK turut diundang sama menyaksikan foum berkenaan hanya disertai oleh beliau dan Assange.

Dalam pada itu, RPK dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar portal, Free Malaysia Today (FMT)," Saya mendapat panggilan dari Wikileaks bahawa Anwar tidak bersetuju saya menyertai forum itu."

Beliau seterusnya membidas Anwar kerana mendakwa beliau (Anwar) gentar berhadapan dengannya di perbincangan berkenaan yang juga merangkumi keadaan semasa arena politik di Malaysia.

“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika dia terlalu takut untuk berhadapan dengan saya? Dia sepatutnya mencuba dulu dengan saya sebelum berhadapan dengan Najib," persoalnya lagi.

"Juga ia menunjukkan Anwar tidak menghoramati dan menerima kebebasan media dan banthan atau perbezaan pendapat," katanya lagi.

"Dia (Anwar) hanya berurusan dengan mereka yang menyokongnya dan bersetuju dengannya. Jika inilah Anwar sebagai pemimpin pembangkang, saya mengiggil memikirkan bagaimana rupanya jika dia menjadi PM (Perdana Menteri)," beliau dipetik berkata kepada media portal berkenaan.

RPK, mendedahkan portalnya Malaysia Today telah mengadakan persetujuan dengan Wikileaks bagi membolehkan blognya menyiarkan semua pendedahan berkaitan Malaysia. Kontrak berhubung persetujuan berkaitan telah ditandatangani beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, RPK merupakan penyokong kuat Anwar bermula sejak zaman awal Reformasi, bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu beliau telah mengkritik Anwar secara terbuka kerana mendakwa Anwar tidak memiliki visi untuk Partinya, Part Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Sumber: AntaraPos

9 March 2012

Anwar Tidak Pernah Ikhlas

Mukadimah

NAMA Dr. Chandra Muzaffar bukanlah satu nama asing dalam bidang akademik di negara ini. Pemikiran dan idea kritis beliau sering sahaja menimbulkan polemik yang pelbagai. Namun kini beliau menumpukan sepenuh tugasnya sebagai Presiden International Movement for a Just World (JUST) selain menjadi pengerusi Yayasan 1Malaysia.

Namun di sebalik semua usaha ini Chandra berkongsi bersama wartawan Mingguan Malaysia, Lukman Ismail dan Hafizahril Hamid tentang kesilapan paling besar pernah dilakukan sepanjang hidupnya, iaitu menyertai Parti Keadilan.

Beliau mengakui secara ‘terpaksa’ memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan pada awal penubuhannya dan kemudian Dr. Chandra juga antara orang pertama yang keluar parti setelah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan yang berlangsung di pejabatnya baru-baru ini, Dr. Chandra secara berterus terang bercakap tentang penglibatan dan kesilapannya itu dan pandangannya terhadap Anwar yang disifatkan beliau sebagai orang yang tidak layak memimpin negara ini. Berikut adalah sedutan wawancara tersebut.

MINGGUAN: Apa yang mendorong Dr. menyertai Parti Keadilan pada peringkat awal penubuhannya?

CHANDRA: Sebelum parti itu ditubuhkan pada 19 April 1999, sudah terdapat gerakan sebelumnya yang bernama Adil. Ia mendahului Keadilan sebagai satu gerakan sosial yang dipimpin oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan saya pula sebagai timbalan pengerusi. Matlamatnya untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat tentang isu-isu yang mencabar masyarakat ketika itu, selepas Anwar dipecat. Adil berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat namun ia bukan parti politik. Saya dimaklumkan pada masa itu dan diulangi beberapa pihak, bila parti politik tertubuh maka orang lain akan memimpinnya. Bukan saya atau Wan Azizah kerana Adil bergerak sebagai sebuah NGO. Tapi apabila parti politik ditubuhkan dikatakan 20 ahli Parlimen akan menyertai parti ini. Saya menganggap ini sebagai sesuatu yang akan berlaku maka saya tidak perlu terlibat dalam politik kepartian. Ini kerana saya memang tidak berminat dalam politik kepartian kerana saya bukan ahli politik dan ini bukan matlamat kami. Tetapi 20 ahli Parlimen yang dikatakan akan keluar tidak menjadi kenyataan dan ia hanya omong kosong. Oleh kerana tidak ada yang sanggup memikul bebanan ini maka saya terpaksa memegang jawatan timbalan presiden.

MINGGUAN: Boleh dikatakan Dr. terpaksa memikul tanggungjawab ini?

CHANDRA: Saya terpaksa memikul walaupun tidak berminat politik kepartian. Satu lagi faktor yang mendorong saya adalah dengan apa yang berlaku kepada Anwar bukan kerana beliau sahabat saya tetapi kerana peristiwa Anwar dibelasah di penjara. Perkara ini didedahkan pada 29 September 1998. Bagi saya, adalah sesuatu yang tidak adil apabila beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara. Saya sebenarnya tertipu kerana pada awalnya dikatakan terdapat ahli Parlimen yang akan melompat tetapi ia tidak berlaku.

MINGGUAN: Berapa lama Dr. di dalam parti dan apa yang mendorong Dr. keluar?

CHANDRA: Saya menyertai parti itu sejak April 1999 hingga awal Disember 2001. Saya tidak meninggalkan perjuangan tetapi menyertainya sebagai wadah. Saya berundur atas beberapa sebab, pertamanya selepas menyertai dan memegang jawatan timbalan presiden, saya telah terdedah kepada beberapa perkara dalam parti yang ahli-ahli biasa tidak mengetahui tentangnya. Saya nampak cara Anwar mengendalikan parti dari dalam penjara. Beliau berada di dalam penjara tetapi menguasai parti, membuat keputusan dan sebagainya. Beliau yang pastikan arah tuju parti dan menguasai segalanya. Ini telah menjadi masalah kerana beliau cuba menentukan corak pengurusan dari belakang tembok penjara dan sudah tentu sukar untuk dilakukan. Seperti yang pernah dihujahkan oleh Allahyarham Maududi ketika dipenjarakan, beliau tidak mahu terlibat dalam pengurusan Jamaat Islami kerana merasakan ia adalah sesuatu yang mustahil. Tapi bagi Anwar walaupun ada struktur dan kepimpinan parti tetapi beliau masih mahu mengawal segalanya. Bagi saya ia mencerminkan satu sikap beliau yang suka mengawal dan menguasai. Beberapa masalah yang diketahui umum iaitu parti ini mempunyai banyak puak serta terdapat pelbagai kecenderungan dan sebagainya.

Keadaan ini bertambah teruk dengan cara pengurusan Anwar yang sering berjanji sesuatu kepada individu tertentu dan kemudian berjanji pula kepada orang lain. Mungkin ini adalah salah satu daripada gaya politik beliau. Apabila beliau menguasai parti terutama dalam keadaannya dipenjarakan, mungkin beliau menganggap cara tersebut sebagai paling berkesan. Anwar dengan sengaja menimbulkan perselisihan dan berpuak-puak dalam parti. Itu salah satu kelemahan yang saya lihat merugikan parti. Perkara ketiga, Anwar ialah seorang pemimpin yang boleh disifatkan sebagai kurang ikhlas kerana ucapan, pidato dan retorik beliau sangat bertentangan dengan apa yang berlaku di dalam parti. Dalam Keadilan pada masa itu ada individu tertentu yang rapat dengan beliau dan terlibat dalam politik wang. Apabila saya mendapat tahu tentang perkara ini dan membawanya kepada Anwar, namun beliau tidak mahu bertindak kerana melindungi mereka. Begitu juga dalam perkara lain. Beliau kononnya pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum tetapi dalam pilihan raya kecil Lunas misalnya jelas Anwar memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaungkan beliau. Ini seperti ungkapan cakap tidak serupa bikin.

Faktor lain adalah kerana hubungan Anwar dengan individu-individu tertentu di luar negara. Anwar mahu meneruskan dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertujuan menguasai kawasan-kawasan tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Mungkin kita masih ingat tentang peristiwa 11 September 2001 lebih kurang tiga bulan sebelum saya keluar parti. Anwar pernah menulis dalam majalah Times yang seolah-olah menyebelahi AS dalam soal ini. Sudah tentu kita tidak setuju tentang keganasan, politik Osama Bin Laden dan sebagainya tetapi kita perlu mencari punca kenapa mereka menggunakan keganasan untuk mencapai matlamat mereka. Namun penulisan Anwar dalam majalah itu terlalu berat sebelah dan beliau tidak cuba untuk memahami keadaan sebenar dan dilihat cuba merestui tindakan AS atas alasan penguasaan politik dan dominasi. Ini bukti kecenderungan beliau dalam hal ini kerana Anwar rapat dengan pihak-pihak tertantu. Sekarang ini sudah terbongkar tentang hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan beberapa individu lain yang cenderung terhadap Neo-Con. Mereka ini memang rapat dengan pihak Zionis.

MINGGUAN: Bagaimana dengan masalah peribadi Anwar. Apa pandangan Dr. terhadap isu ini?

CHANDRA: Saya pernah menimbulkan perkara ini dalam surat setebal 15 muka yang saya kemukakan kepada Anwar sebelum berundur dari parti. Ini bukan satu dokumen yang didedahkan untuk khalayak ramai. Namun dalam surat itu saya nyatakan juga tentang isu-isu moral yang turut dibangkitkan oleh rakan-rakan saya yang lain seperti dari Singapura yang tahu tentang aspek-aspek tertentu tingkah laku beliau. Saya bangkitkan soal ini tetapi beliau hanya menyatakan ia adalah satu konspirasi, ada pihak mahu menjatuhkan beliau dan beberapa lagi. Namun apabila beberapa individu membangkit dan menjelaskan tentang isu ini kepada saya, saya mula meragui apa yang dikatakan beliau kepada saya.

MINGGUAN: Bagaimana pula pandangan Dr. tentang keadaan sekarang apabila banyak perkara semakin jelas tentang Anwar sama ada dalam hubungannya dengan pemimpin luar serta dalam soal peribadi?

CHANDRA: Mungkin kita masih ingat empat hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung, saya pernah ditanya pandangan jika Anwar menjadi perdana menteri dalam satu forum dianjurkan akhbar The Star, saya menjawab berterus terang bahawa beliau akan menjadi malapetaka kepada negara. Itu pandangan saya selepas tujuh tahun meninggalkan parti. Anwar telah menyaman saya sebanyak RM10 juta selepas saya menyatakan pandangan itu. Kes itu masih belum selesai dan ia masih di peringkat pengurusan kes. Namun saya akan tetap dengan pendirian saya tentang hal ini. Pada pendapat saya, perkembangan dalam dua tiga tahun ini memperkukuhkan pandangan saya tentang Anwar. Kini pandangan saya mengenai beliau semakin kukuh setelah Pilihan Raya 2008 antaranya peristiwa 16 September, ia adalah satu pembohongan besar. Kalau kita benar-benar serius memperjuangkan demokrasi, bagaimana kita boleh mencetuskan satu rancangan atau komplot yang sangat bertentangan dengan demokrasi. Ini bermakna beliau mahu merampas kuasa melalui politik pintu belakang dan itu yang saya tentang. Malah saya pernah menulis satu artikel mengenai bagaimana beliau memujuk ahli Parlimen untuk berpaling tadah menjatuhkan parti yang dipilih secara sah dan demokrasi.

Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati demokrasi malah hanya mempergunakan demokrasi untuk kepentingan diri. Adakah tindakan beliau ini berlandaskan etika? Sudah tentu Anwar ada menawarkan janji-janji tertentu kepada beberapa pihak yang sudah tentu melibatkan wang, jawatan dan sebagainya. Kita tidak tahu tentang perkara sebenar tetapi jika benar sudah pasti ia berbentuk rasuah. Padahal jika Anwar berucap di luar mahupun dalam negara, beliau akan mengecam kerajaan sekarang sebagai rasuah dan sebagainya. Bagi saya beliau mempunyai masalah kontradiksi dalam personaliti beliau. Tidak ada pemimpin politik yang lebih hebat mengecam rasuah, isu kronisme dan sebagainya selain beliau tetapi sebenarnya beliau pun sama juga.

Satu lagi bukti yang saya mahu kemukakan adalah mengenai cara beliau menangani pemilihan dalam parti. Anwar akan memastikan kroninya menang pada hal beliau begitu lantang menentang kronisme. Terdapat banyak masalah berkaitan dengan etika seperti cara pihaknya mengira undi yang tidak betul, terdapat nama yang tidak wujud dalam pendaftaran parti serta bermacam-macam lagi. Keadaan sangat kucar-kacir dan apakah kita mengharapkan orang seperti ini menjadi pemimpin negara?

Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’ specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi.

Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara langsung.

Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini, tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku.

MINGGUAN: Kenapa terdapat pihak-pihak yang mahu menyokong beliau dan cuba mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri?

CHANDRA: Ini semua kerana kuasa. Tidak ada sebab lain kerana matlamat mereka mahu menawan Putrajaya. Sebahagian daripada pemimpin Pas dan DAP, tidak ada lain yang diimpikan selain kuasa dan Putrajaya. Tidak ada matlamat lain. Bagi mereka Anwar sangat penting kerana pertama, hanya Anwar yang dapat menyatukan mereka kerana jelas Pas dan DAP tidak mungkin mampu bekerjasama tanpa beliau. Tidak ada pemimpin lain dalam kalangan mereka yang boleh memainkan peranan ini kerana mungkin beliau berpengalaman sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam soal karakter, sifat-sifat kepimpinan seperti apakah beliau seorang yang ikhlas dan amanah, mereka ketepikan soal itu kerana mahu mengejar kuasa dan menawan Putrajaya. Pada masa sama, Anwar memperalatkan mereka dan mereka juga melakukan perkara yang sama terhadap Anwar. Namun yang penting bagi Anwar, beliau tetap mahu menjadi perdana menteri tidak kira apa caranya. Beliau sanggup mengorbankan prinsip hanya untuk mencapai matlamatnya.

MINGGUAN: Pada pandangan Dr. apa kesannya jika Anwar yang pernah menjadi Pengerusi Foundation For The Future, menjadi Perdana Menteri memandangkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak-pihak tertentu di luar negara?

CHANDRA: Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab. Yayasan ini diilhamkan oleh Lyn Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Lyn Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian. Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice. Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia. Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros. Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipilih sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau. Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya. Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media. Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya. Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar. Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh. Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau.

Saya tidak mahu membuat spekulasi apa yang mereka mahukan tetapi kita tahu dari segi dasar luar AS, ada dua pertimbangan utama, pertama adalah isu dan kedudukan Israel. Kita tahu AS mahu lebih ramai pihak yang menyokong atau mengiktiraf negara Israel dan keduanya dalam konteks Asia Tenggara dan isu China, mereka bukan mencari kawan tetapi sekutu yang boleh diharapkan untuk mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh ucapan Barack Obama di Hawaii dalam mesyuarat APEC dan ucapan Hillary Clinton, mereka menamakan beberapa negara yang dianggap sebagai sekutu rapat iaitu Filipina, Thailand dan Singapura yang dilihat boleh bekerjasama mengimbangi kuasa China. Namun nama Malaysia tidak disebut kerana walaupun negara ini berkawan dengan AS tetapi kita mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan kita sebagai sebuah negara dan tidak mahu menjadi budak suruhan AS atau Israel. Memang ini dasar yang digubal oleh Allahyarham Tun Razak sebagai negara yang bebas. Malah Malaysia merupakan negara bukan komunis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf China. Oleh itu kita boleh faham bahawa AS mahu mendapatkan sesuatu daripada Malaysia sebagai balasan.


Sumber: Utusan Malaysia Online

Kenapa Anwar Rahsiakan Pertemuan Dengan ‘The Gulen Movement’?


Anwar diraikan Ahmet Keskin,Naib Presiden Affinity Intercultural Foundation di Canberra

Ketika kami menjejaki lawatan 6 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turki yang dilaporkan ditwitternya sebagai menghadiri mesyuarat Al Barakah Bank, kami telah menjumpai satu penemuan baru iaitu pertemuan rahsia Anwar dengan ‘The Gulen Movement’ yang tidak dilaporkan di blog atau twitternya.

Apa itu ‘The Gulen Movement’? The Gulen Movement, organisasi-organsasi di bawah tajaan, Muhammad Fethullah Gulen, seorang ahli bisnes Turki yang juga menetap di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

“Sejak dari tahun 1970, Gulen dan para pengikutnya telah membina rangkaian institusi pendidikan , NGO-NGO, dan pusat-pusat perniagaan bermula di Turki, kemudian tersebar ke Asia Tengah, dan akhirnya sekarang meluas hampir di semua benua. Rangkaian ini disebut ‘The Gulen Movement’ atau Gerakan Gulen”. Klik disini Walaupun Gerakan Gulen aktif di Turki dan Amerika Syarikat, namun gerakan itu juga mempunyai rangkaian aktif di Australia.

Antara rangkaian Gulen di Australia adalah beberapa NGO yang dikenali sebagai, Affinity Intercultural Foundation, Bluestar Intercultural Centre, Intercultural Dialogue Society, Intercultural Harmony Centre, Perth, Queensland Intercultural Society dan lain-lain. Klik disini

 Twitter Affinity Intercultural Foundation

Pada 15 Disember 2010, twitter Affinity melaporkan bahawa badan itu meraikan majlis makan malam kepada Anwar yang dianjurkan bersama antara Bluestar Intercultural Foundation dan Affinity Intercultural Foundation, kedua-duanya merupakan rangkaian Gulen di Australia. Klik disini

Dalam majlis itu Anwar berkata beliau menghadapi banyak halangan untuk melakukan misi ‘keadilan’ dan ‘kesamarataan’ di Malaysia tidak seperti kejayaan yang dilakukan Affinity Intercultural di Australia.

Namun beliau berjanji akan mempraktikkan ‘Pendekatan inklusif’ sebagai model di Malaysia, jika beliau berjaya membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri pada pilihanraya akan datang. Klik disini

Apa itu ‘Pendekatan Inklusif’ ? Inklusif merupakan satu istilah yang paling popular dicanang oleh pendokong Islam Liberal yang berkait rapat dengan Islam Pluralisme yang bermaksud persamaan antara agama-agama dalam satu keluarga agama besar, ‘Abraham Faith’ (Yahudi, Kristian dan Islam). Klik disini

Apa itu Affinity Intercultural Foundation ? Menurut twitter Affinity lagi badannya mempunyai dua matlamat utama iaitu berdialog antara agama-agama dan membentuk  satu masyarakat baru melalui latihan budaya dan pendidikan.

Blog madhabirfy.blogspot.com, menghuraikan lebih jelas berkenaan Affinity Intercultural Foundation. Badan itu merupakan sayap interfaith(dialog antara agama) dari sebuah kumpulan agama Turki (atau “cemat”) yang ditaja oleh Fethullah Gulen. Klik disini

Menurut laman rasmi affinity.org.au, antara dialog antara agama yang telah dianjurkan adalah ‘Parliament of the World’s Religions”(Parlimen Agama-Agama Dunia) yang diadakan di Melbourne pada Disember 2009. Salah seorang penceramahnya adalah Anwar Ibrahim. Klik disini

 Ucapan Anwar di ‘Parliament of the World’s Religions”, Merborne

Penceramah-penceramah lain yang turut terlibat adalah Prof Dr Hans Kung, Dr. Siti Musdah Mulia, Rabbi Brad Hirschfield, Rev. Andras Corban-Arthen, Rabbi Irwin Kula, Rabbi Dr. David Rose, Dr. M. Din Syamsuddin, Dalai Lama, Katherine Marshall dan lain-lain. Klik disini

Program ini anjuran bersama, Affinity Intercultural Foundation, NSW Ecumenical Council, NSW Jewish Board of Deputies, Sydney Catholic Archdiocese, Parramatta Catholic Diocese, Columban Mission Institute, Buddhist dan Hindu Councils, Klik disini

Paderi James Haire bersama Ahli Jawatankuasa Affinity Intercultural Foundation dan Bluestar Intercultural Foundation

Professor James Haire merupakan pemain di belakang tabir Affinity Intercultural Foundation. Pada tahun 2009, Affinity menganugerahi ‘Australian Affinity Award for Interfaith Dialogue’ kepada Prof. Haire. Klik disini, disini dan disini 

Paderi Prof James Haire (bertanda bulat kanan) sedang memerhatikan majlis menandatangani kerjasama di antara Affinity Intercultural Foundation dengan Charles Sturt University. Sebelah kiri (bertanda bulat) adalah Mehment Saral, President of the Affinity Intercultural Foundation

James Haire adalah Pengarah Eksekutif the Australian Centre for Christianity and Culture dan Professor Teologi di Charles Sturt University (CSU) dengan kerjasama Affinity Intercultural Foundation telah menandatangani pembentukan pengajian Islam di CSU. Klik disini dan disini 

Paderi James Haire bersama dengan Pope Benedict XVI di Sydney, 18 Julai 2008 

 
Paderi James Haire memerhatikan perbualan Archbishop Mark Coleridge (kiri) dengan Kevin Rudd (bekas Perdana Menteri Australia)

 Paderi James Haire bersalam dengan Paderi Besar Desmond Tutu

 Paderi James Haire bersama Abdurrahman Wahid aka Gus Dur

Pada Julai 2009, Professor James Haire pernah menjemput Anwar berceramah di Perth untuk program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’.

Paderi James Haire bersama dengan Anwar dan Wan Azizah

 Perbualan Paderi James Haire dengan Anwar Ibrahim di Perth, 2009

Dalam program itu, Anwar diperkenalkan sebagai seorang tokoh ‘Islam Enlightenment’ (Pencerahan Islam), sebaris dengan tokoh-tokoh ‘European Enlighment’ (Pencerahan Eropah) seperti John Locke. Klik disini, disini disini, disini

Blog terrorfinance.org melaporkan, “Pada 31 Ogos 2006 Australian Catholic University (ACU) menyelenggarakan upacara menandatangani pembentukan pusat pengajian dialog antara-agama (a centre for inter-religious dialogue studies). Acara ini juga menyaksikan penandatanganan rasmi perjanjian antara Australian Inter-Cultural Society (AIS) dan universiti (ACU) untuk pembentukan Kerusi Pengajian Islam dan Dialog antara agama (a Chair for Islamic Studies and Interfaith Dialogue), dengan Fakulti Seni.

“The Chair of Islamic Studies dan Interfaith dialogue dinamakan “Fethullah Gulen Chair”

“Matlamatnya untuk mempromosi antara agama sebagaimana diajar oleh Fethullah Gulen dan Said Nursi(Said Kurdi)”, Klik disini

Menurut kajian Salih Yucel dari Monash University, Gülen dan Nursi adalah tokoh dari negara muslim yang menjadi pelaksana konsep ‘Nostra Aetate’ yang merujuk kepada Perisytiharan Tentang Hubungan Gereja dengan Agama-agama Bukan Kristian yang diputuskan oleh Majlis Vatican II, pada 28 Oktober 1965, oleh Pope Paul VI. Klik disini

 Fethullah Gulen melawat Pope John Paul II, the Greek Orthodox Patriarch Bartholomeos, 1997

 Gullen melawat Cardinal John O'Connor, Archbishop of New York, the Roman Catholic Archdiocese of New York

 Gullen bersama David Aseo, Esq. dan Ketua Rabbi the Jewish Community di Turkey

 Recep Tayyip Erdogan merupakan anak buah Fethullah Gülen yang dari awal sudah diplan jadi Perdana Menteri Turki. Foto lama ini menunjukkan akrabnya hubungan mereka. Recep Tayyip Erdogan (bertanda bulat kiri), ketika itu merupakan datuk bandar Istanbul bersama mentornya Gullen (bertanda bulat, kanan)

Menurut Jeff Stein; “Sebuah memoir oleh bekas pegawai perisikan Turki menyebut bahawa gerakan Islam moderat di seluruh dunia yang berpusat di Pennsylvania telah dioperasi oleh CIA sejak pertengahan 1990-an.

“Memoir bertajuk “Saksi untuk Revolusi dan Dekat Anarchy,” ditulis oleh pesara perisikan rasmi Turki, bernama Osman Nuri Gundes, mengatakan bahawa gerakan keagamaan-toleransi, dipimpin oleh seorang imam berpengaruh Turki bernama Fethullah Gulen, telah mendirikan 600 sekolah dan 4 juta pengikut di seluruh dunia. Klik disini

Komen di reasonradionetwork.com menyebut, “Gerakan Eurasian ditubuhkan untuk melumpuhkan Gerakan Pan Turki Nasionalis (pro Rusia). Gerakan Eurasian disokong oleh CIA, MI6 , perisikan barat, Turki, Arab Saudi, negara-negara Timur Tengah terutamanya melalui agen CIA, Fatullah Gullen yang menaja universiti-universiti, masjid..kewangan mereka ditaja oleh keluarga diraja Arab Saudi, Bin Ladin dan bisnesman Arab Saudi. Klik disini

Sekarang kita cantumkan semua maklumat di atas menjadi satu gambaran yang lebih jelas.

Misteri Anwar dan Al Baraka Bank, Turki

Anwar Ibrahim sering berulang alik ke Turki dan kali terakhir menghadiri mesyurat Albaraka Bank di Istanbul. Kehadirannya ke Turki untuk mesyuarat Al Baraka Bank diceritakan kepada pengikutnya melalui twitter, tetapi terdapat beberapa keraguan kenapa mesyuarat Albaraka Bank memakan masa 6 hari, satu jangka masa yang lama. Kenapa ?

Anwar sendiri mengakui dalam twitternya [klik disini] beliau ke Turki baru-baru ini, bukan setakat menghadiri mesyuarat Albaraka Bank juga mempunyai jadual yang diaturnya sendiri, antaranya, bertemu dengan golongan profesional muda di Istanbul Commerce dan lain-lain.

Siapa tokoh-tokoh profesional muda dan tokoh-tokoh lain itu?

Dalam laporan kami sebelum ini bertajuk “Siapa di belakang Anwar dalam Al Baraka Bank ?”, kami telah mendedahkan di belakang Al Baraka Bank yang beribu pejabat di Turki itu adalah ahli-ahli bisnes yang rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi yang sering dikaitkan menaja Osama Bin Laden dan Al Qaeda.

Kami memetik kata-kata Fidel Castro, Bekas pemimpin Cuba, yang menegaskan Osama Bin Laden adalah ejen CIA yang digunakan untuk menimbulkan ketakutan barat sebagai justifikasi menyerang Iraq dan Afghanistan.

Kami turut memasukkan fakta penulis Norm Dixon dari greenleft, yang mengatakan Osama Bin Laden adalah produk CIA yang dilatih oleh Zbigniew Brzezinski, Penasihat Keselamatan Negara, Presiden Jimmy Carter yang digunakan sejak tahun 1970-an untuk melumpuhkan pengaruh komunis di Afghanistan.

Berdasarkan hujah ini, maka tidak hairan hingga ke hari ini Osama Bin Laden tidak berjaya ditangkap, kalau benar-benar beliau dianggap sebagai ‘teroris’ meskipun Iraq dan Afghanistan telah hancur musnah.

Apabila disebut Osama Bin Laden ditaja oleh ahli-ahli perniagaan keluarga diraja Arab Saudi, maka siapakah mereka?

Kami melaporkan empat nama iaitu, pertama; Sulaiman Abdul Aziz al-Rajhi yang merupakan pemilik the Al-Rajhi Banking & Investment Corp dan mempunyai saham dalam Albaraka Banking Group. Kedua; Yassin al-Qadi, ahli perniagaan Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat dan kawan rapat kepada Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Ketiga; Youssef Nada, pemilik Al Taqwa Bank yang berpengkalan di Switzerland dan keempat Soliman S. Biheiri yang menubuhkan ‘BMI Inc’, syarikat pelaburan di New Jersey dan mempunyai kaitan dengan Yassin al-Qadi.

Keempat-empat tokoh ini yang mempunyai kekuatan kewangan masing-masing menaja penubuhan SAAR Network dengan menjadi Yaqub Mirza, rakyat Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat sebagai Pengarah (proksi) SAAR Network.

Yaqub Mirza (bertanda bulat-kanan) bersama rombongan IIIT melawat Turki. Dari kiri, Dr Jamal Barzinji, Abdullah Gul (Presiden Turki), Dr Hisham Al Talib

SAAR Network ini pernah didakwa menaja operasi Osama Bin Laden. Tetapi yang termaktub catatan, SAAR Network inilah yang menaja penubuhan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 1981, yang berpengkalan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat yang Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas dan ahli pemegang amanah.

Kalau benar Osama Bin Laden dan Anwar Ibrahim adalah ‘teroris’, kenapa CIA tidak berjaya menangkap kedua-dua tokoh tersebut sedangkan mereka bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat ?

Tetapi yang pasti, Anwar Ibrahim adalah independent non-executive director, Albaraka Banking Group (ABG), yang dilantik sejak Mac 2006, ketika beliau masih menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Centre for Muslim-Christian Understanding, Universiti Georgetown, Washington D.C.

Baca lanjut laporan kami, klik disini

Misteri Anwar dan ‘The Gulen Movement’, Turki

Tidak seperti kunjungan ke Turki untuk bermesyuarat dengan Albaraka Bank, tetapi kunjungannya menemui tokoh-tokoh sayap gerakan Fethullah Gulen di Australia pada 15 Disember 2010 tidak diwar-warkan Anwar di blog atau twitternya, kenapa?

Kenapa mahu disembunyikan mesyuarat bersama Affinity Intercultural Foundation dan Bluestar Intercultural Centre (kedua-dua sayap Gulen) di Australia, sedangkan sayap-sayap Gulen itu menyediakan dinner untuk Anwar?

Ada rahsia mahu disembunyikan?

Sedangkan dalam masa sama, sebelum ini telah dilaporkan bahawa Anwar sering ke Australia menghadiri program-program interfaith (dialog antara agama) yang di belakangnya ditaja oleh ‘The Gulen Movement’ dari Turki.

Menurut terrorfinance.org, Fethullah Gulen adalah ahli bisnes yang berada di belakang karier politik, Abdullah Gull dan Recep Tayyip Erdogan dan parti AKP khususnya.

Pada 20 Julai 2006, mahkamah pentadbiran Turki membatalkan perintah kerajaan untuk menyita aset Yassin Al-Qadi. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membela Al Qadi sebagai “penderma” setelah akhbar Turki mendedahkan bahawa Yassin Al-Qadi telah menerima dana dari penasihat terdekat dengan Perdana Menteri Turki.

 Anwar bersama Recep Tayip Erdogan (Perdana Menteri Turki) dan Abdullah Gul (Presiden Turki)

 Anwar merupakan salah seorang pengasas IIIT, sebuah badan pemikir berpusat di Virginia, Amerika Syarikat.Anwar bersama pengasas-pengasas IIIT, dari kiri, Dr Jamal Barzinji dan A. Hamid Abu Sulaiman yang menjadi peneraju IIIT selepas kematian misteri bekas pengasasnya, Dr Ismail Al Faruqi

Buku yang mengkritik Recep Tayip Erdogan, ditulis oleh Ergün Poyraz bertajuk "Anak-anak Musa". Penulis mendakwa Recep Tayyip Erdogan dan isterinya, Emine Erdogan merupakan proksi kepada intelegen Barat dan Israel, iaitu CIA dan MOSSAD. Erdogan dinaikkan oleh Gullen dan Yasin al-Qadi yang merupakan projek rahsia CIA. Penulis mendakwa Erdogan dan isterinya menggunakan imej Islam untuk meraih undi, tetapi dalam masa sama memberi ketuanan kepada Israel. Penulis buku ini ditangkap oleh kerajaan Turki dengan arahan Erdogan dan bukunya turut diharam.

Anwar Ibrahim sendiri mendakwa beliau merupakan penasihat Recep Tayyip Erdogan dan pernah menjadi ‘orang perantaraan, Perdana Menteri Turki untuk berjumpa Presiden Bush. Klik disini

Al-Qadi merupakan pemilik Abrar Group International Sdn Bhd,yang menggunakan dua tokoh proksi dari Malaysia iaitu Drs Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman yang kedua-duanya amat rapat dengan Anwar. Klik disini

“Inspektor Hamza kaƧar dan Galip Sabuncu menulis sebuah laporan di mana mereka mendakwa bahawa mereka telah menemui bukti yang signifikan dari gerakan wang yang berkaitan dengan Yasin al Qadi di Turki, tetapi menambah bahawa penyelidikan mereka dihalang oleh birokrat dan ahli politik tertentu .

“Kedua inspektor mengatakan pergerakan wang Al Qadi tertumpu di Albaraka Bank Turki, sebuah institusi kewangan Islam .. kaƧar menghantar surat ke Albaraka Bank pada 5 November 2003, meminta lembaga itu mengenal pasti siapakah Al Qadi yang sedang membuat pemindahan wang melalui bank itu. Inspektor juga meminta penjelasan berkenaan dua surat yang menggunakan kod rahsia dalam akaun abstrak dari pelbagai syarikat yang Al Qadi adalah pemegang saham. Albaraka menolak permintaan tersebut dan Menteri Kewangan Turki, Kemal Unakitan memaksa inspektur itu menyelesaikan laporan mereka (hanya dalam masa) sepuluh hari”. Klik disini

Blog terrorfinance.org itu juga mendedahkan Zianuddin Sardar (rakyat Pakistan yang dikatakan Muslim Moderat berpengkalan di London) menulis dalam bukunya “Desperately Seeking Paradise” , bagaimana seorang bisnes Arab yang menawarkan geran kewangan sebanyak USD 5 juta kepadanya untuk menubuhkan badan pemikir yang melobi imej positif Arab Saudi di kaca mata dunia.

Sardar pernah bekerja dengan Anwar Ibrahim semasa Ketua Umum PKR itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Klik disini dan sini

Berkenaan dengan tawaran geran USD 5 juta itu, Sardar menulis, Anwar Ibrahim turut menasihatinya agar menerima tawaran tesebut.

“Sardar telah berkunjung ke Arab Saudi untuk bertemu dengan Sheikh Saleh Kamel, pemilik the Al Baraka investment group. Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Anwar Ibarhim”, lapor terrorfinance.org.

“Manakala di Australia, (proksi ahli perniagaan Al Qadi dan Anwar Ibrahim), mengetuai komuniti muslim mendapat banyak kemudahan Australia seperti lesen dari Australian Securities and Investment Commission(ASIC) , untuk menjadi wakil sah yang diberi kuasa dalam shariah compliant Crescent Ethical Managed Discretionary Account product, yang dimilki oleh Muslim Community Co-operative Australia (diketuai Rahim Ghouse) dengan kerjasama Melbourne fund manager , Intrinsic Investment Management Ltd”, lapor blog itu.

Adakah anda sudah nampak gambaran besar ini?


Sumber: AIDC

10 February 2012

NGO Lancar Kempen Kutip 100,000 Tandatangan Desak Anwar Saman Dua Individu

Dua pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat Khamis melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan rakyat untuk mendesak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman dua individu berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan beliau.

Wakil dua NGO berkenaan, Muhammad Zahid Md Arip, berkata kempen itu dimulakan di Permatang Pauh di sini kerana Anwar merupakan Anggota Parlimen kawasan berkenaan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh negara.

Muhammad Zahid, yang juga bekas Naib Ketua Pemuda PKR berkata, jika benar beliau tidak bersalah, Anwar harus menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Ummi Hafilda Ali yang telah secara terbuka membuat dakwaan kononnya beliau adalah orang yang terbabit dengan skandal seks.

"Kita percaya mampu mendapat lebih 100,000 tandatangan sempena kempen dua bulan itu sebelum menyerahkannya kepada Anwar melalui pejabat PKR Permatang Pauh di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Dua NGO yang terlibat dalam kempen itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Muhammad Zahid berkata Anwar juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar asing Asian Wall Street Journal ekoran penyiaran temubual yang mendakwa beliau kononnya menyokong langkah menjamin keselamatan Israel.

"Dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan itu, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas-pentas ceramah, beliau perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengherat individu-individu berkenaan ke muka pengadilan dengan segera memfailkan saman malu," katanya.


Sumber: BERNAMA

9 February 2012

Adakah Jurufoto Peribadi Anwar Ibrahim Juga Dibunuh Seperti Patrick Wong?

Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan, sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.

Kematian Salman ialah pada 4 Mac 2008 dan PRU 2008 berlangsung pada 8 Mac 2008. Seperkara yang harus diberi perhatian, kematiannya hanya beberapa bulan selepas kematian ayahnya Dato' Nasaruddin Jalil (bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim).

Arwah Salman bukanlah sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim tersebut.

Nasaruddin dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan RM10 juta.

Berbalik kepada Salman, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasan di rumahnya berkaitan foto-foto yang diambilnya dalam siri kempen PKR sempena PRU2008. Menurut sumber, beliau kemudian telah keluar dari rumah dengan andaian keluar menghisap rokok. Adalah difahamkan, didalam keluarganya hanya arwah yang merupakan perokok. Jadi, setiap kali untuk melepaskan ketagihan, arwah akan menghisap sebatang dua rokok di luar rumah.

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah jalan?

Jika benar teori kematian Patrick Wong yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.
 
 
Sumber: Akar Umbi

Kenapa Amerika Pilih Anwar Sebagai Aset?

1. Ramai pengkaji membuat analisis mengapa Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM, WAMY dan IIT.

2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh 'diperalatkan' kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi 'opportunist' yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.

3. Menurut laporan "Jewish Political Studies Review" (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.

4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.

  Gambar ini dari tulisan penulis Barat, Mike Billington mengupas hubungan Anwar dengan Yahudi Amerika

5. Laporan itu menyebut,"The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks". Baca laporan lengkap disini.

6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, "The Asian Renaissance" (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai'pemimpin agung' di rantau Asia.

7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai 'pemimpin agung' Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program 'lobi nama Anwar' di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.

Dari kiri Kamaruddin Jaafar, dulu Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD). Sekarang Setiausaha Agung PAS. Manakala sebelah kanan ialah Douglas H. Paal, dulu Pengerusi Asia Pacific Policy Center(APPC), sekarang 'vice president for studies at the Carnegie Endowment' dan 'special assistant to President George H. W. Bush for National Security Affairs and senior director for Asian Affairs on the National Security Council'

8. Program 'lobi nama Anwar', Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center (APPC), Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar sanggup membazir wang rakyat dengan memmbayar RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) untuk membawa Yahudi Amerika, William Cohen, ketika itu Setiausaha Pertahanan Amerika. Apakah lobi Anwar kepada Amerika sebagai persiapan menjadi PM. Ketika itu, Anwar sebagai TPM..satu tapak lagi jadi PM..

9. Malah menurut pengakuan bersumpah Dato' Abdul Murad Bin Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD10 Million kepada Douglas H. Paal.

10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.

11. Hasilnya dalam "Program Dailog Pasifik" anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia.

12. Manakala dalam "Program Dailog Pasifik II", anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.

13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan "Program Dailog Pasifik III"pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.

14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan "Reformasi" Anwar di Malaysia.

Kepimpinan Anwar Di Institusi Antarabangsa Dari 1998-2004

1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.

2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitz sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.


3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya "THE BELIEVER", "Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions"

4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaituPaul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006) menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.

Kepimpinan Anwar Di Institusi Antarabangsa Dari 2004- Sekarang

1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya 'Anwar: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.

2. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future

3. Menurut laman web 'Moon of Alabama', antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong "Annapolis Summit 2007" yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?

5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.

Gambar ini membayangkan begitu rapat hubungan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan tokoh Yahudi, George Soros yang memiliki institusi dananya iaitu Open Society Institute. Kalau dengan Ketua Penerangan PKR sudah begitu rapat, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum PKR ?

6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam "Managing Global Insecurity (MGI)" satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.

7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti 'rakan kongsi' (networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.

8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.

9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika melantik Wolfensohn "special envoy" di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.


Sumber: Darah Satria

Duta Palestin Terkejut Anwar Sokong Israel

Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.

“Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka,” katanya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.

Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa.


Sumber: Bernama