Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong
sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan,
sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar
peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan
di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari
menjelang tarikh PRU 2008.
Kematian Salman ialah pada 4 Mac 2008 dan PRU 2008 berlangsung pada 8 Mac 2008. Seperkara yang harus diberi perhatian, kematiannya hanya beberapa bulan selepas kematian ayahnya Dato' Nasaruddin Jalil (bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim).
Arwah Salman bukanlah
sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik
beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha
peribadi Anwar Ibrahim tersebut.
Nasaruddin
dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa
syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun
bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan
RM10 juta.
Berbalik kepada Salman, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasan di rumahnya berkaitan foto-foto yang diambilnya dalam siri kempen PKR sempena PRU2008. Menurut sumber, beliau kemudian telah keluar dari rumah dengan andaian keluar menghisap rokok. Adalah difahamkan, didalam keluarganya hanya arwah yang merupakan perokok. Jadi, setiap kali untuk melepaskan ketagihan, arwah akan menghisap sebatang dua rokok di luar rumah.
Kematian
Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum
terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah
jalan?
Jika benar teori kematian Patrick Wong
yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman
dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.
Sumber: Akar Umbi