Dan janganlah kamu berdukacita terhadap mereka, dan janganlah merasa sempit terhadap apa yang mereka tipudayakan (27:70)
18 October 2011
Harakah Menipu Logo SPR
Harakah menggunakan logo yang salah untuk menghentam SPR. Logo tersebut adalah logo SPRM bukannya SPR. Apakah yang telah dibuat oleh Harakah selama ini, sehingga pembohongan tersebut berpatah balik ke mereka?
Tidak mungkin editor Harakah yang amat berpengalaman dalam bidang kewartawanan terlepas pandang atau tersilap semasa bacaan proof sebelum dihantar untuk cetakan.
Ini adalah satu peringatan kecil kepada peneraju Harakah supaya lebih bertanggungjawab dalam menulis sesuatu berita dan artikel, tidak terlalu mengikut emosi kepartian yang melampau dalam mengemukakan sesuatu pembentangan atau isu-isu.