![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiloNmGeY7_tcmPRmJqGoEyrK8m735DHNK1WFerSdiNYeWlCKkd0oqqLbSU6XrcHtwdA_PdhagDChAh0GFSy2xj_GPo8QHJsdqY5qjRByLkpQh_aNT6E4kqAkqCUtnJkpE6uk6Nh4gjvSLO/s640/.anwar+penipu.png)
K.A.N.T.O.I
ANWAR IBRAHIM & KEADILANDAILY DILONDEHKAN DR. NOVANDRI DALAM ISU IMF & BANK DUNIA.
Pertama sekali kita kenalpasti samada
IMF dengan BANK DUNIA adalah entiti yang sama atau entiti yang berbeza.
Maklumat yang tepat ialah daripada sumber laman sesawang rasmi keduanya.
Mari kita baca dan fahami.
BANK DUNIA
Laman Sesawang : http://web.worldbank.org/
Jelaslah bahawa BANK DUNIA pun tidak
mengakui mereka adalah milik atau subsidiari IMF. BANK DUNIA adalah
sebuah institusi pembangunan unik dimiliki oleh 187 negara ahlinya
termasuklah Malaysia. Sekarang kita lihat pula IMF.
IMF (INTERNATIONAL MONETARY FUND)
Laman Sesawang rasmi: http://www.imf.org/external/
Jelaslah keduanya IMF dan BANK DUNIA adalah dua entiti berbeza.
ISU YANG DIBANGKITKAN & PENYELEWENGAN FAKTA OLEH ANWAR IBRAHIM DAN KEADILAN DAILY.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQpb3atE97lDmbhmWQcTqv-VMIL1MiJQwyFrMvvyvbjriaqz1dUyoQlC9_MZO2b0mTNW65hlEN1kUVM1LT-m8AkIJHpMn9rXUkxCsrbClX1CftaTOud7_YJqoOJLueT2Mh5sxbssV2alxC/s640/.imef2.jpg)
Artikel Yang Keluar Topik & Sengaja Mengelirukan Fakta.
Isu berbangkit ialah mengenai KRISIS EKONOMI 1997-1998 di mana Anwar Ibrahim sudah mahu mengambil pakej IMF bukan BANK DUNIA.
Tun Dr Mahathir telah menolak cadangan
dan usul Anwar Ibrahim tersebut. Jadi apa kena mengena dengan BANK DUNIA
pula? Bukan pakej BANK DUNIA yang di tolak tetapi pakej IMF.
Pakej BANK DUNIA dan pakej IMF adalah
berbeza samasekali. Ianya tidak sama langsung. Pakej IMF ialah pada
krisis 1997-1998 dan bukannya pada tahun 1999.
Entiti yang berbeza, pakej yang berbeza malah tahunnya pun berbeza.
Menolak pakej IMF dan kemudiannya
mengambil pakej BANK DUNIA bukan bermakna mengambil pakej yang serupa
dan sama. Jelaslah Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily memperbodohkan diri
sendiri pada tahap memalukan sungguh.
Lihat prestasi Malaysia membayar balik kesemua pinjaman di bawah pakej BANK DUNIA.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj74p6EaYB0wbRyhyphenhyphendn0fyKim1xpRN7xrWQ6mE1opveFH2yvpxka0sSgslSgp0Z3T9CaNkydpQMbDmoPl8iWZvrLz1BkUb84WADlJhsMr_YI20KWm1oPegxwQ89EmfKRQfUZk5yCZLyEKFX/s640/imf+5.png)
HUTANG LANGSAI !
Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI
KESIMPULANNYA :
- Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily lah yang memutarbelitkan fakta dan berbohong mengenai isu berbangkit.
- Pakej yang di tolak ialah PAKEJ IMF pada krisis ekonomi 1997-1998 dan bukan pakej BANK DUNIA.
- Krisis ekonomi berlaku pada 1997-1998 dan bukannya pada tahun 1999.
Bagaimanakah cabaran Tun Dr Mahathir
kepada Anwar Ibrahim agar menunjukkan SURAT YANG DITULISNYA kepada BANK
DUNIA? Ada ke? Setelah anda membaca artikel Dr Novandri dan penjelasan
dalam artikel, tidakkah anda mahu ketawa kuat-kuat kepada pembohongan
dan putar belit Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily? Sudah Tentu!
Sumber: Jas Salleh