24 July 2012

Harapan Ummah Kepada Kepimpinan Dunia Islam - Kertas Kerja 4

HARAPAN UMMAH KEPADA KEPIMPINAN DUNIA ISLAM

الشيخ الدكتور عكرمة سعيد صبري

إمام المسجد الأقصى

Perbincangan Pertama

Seruan Islam Antarabangsa

Daripada yang diketahui bahawasanya agama Islam yang agung ini adalah agama yang menyeluruh, bukan sahaja bangsa Arab yang bersatu bahkan kesatuan manusia dengan berbagai-bagai jenis bangsa, kaum, keturunan, warisan dan bahasanya itu sendiri. Sebagai contoh seperti sahabat-sahabat yang mulia RA: Bilal al-Habsyi, Salman al-Farisi adalah Rom, dan disana terdapat 10 ayat-ayat quran yang menunjukkan kepentingan rasul kita yang mulia Muhammad SAW sempurna seluruh manusia,:

1. Kami mengutus mu (Muhammad) menjadi rasul kepada (seluruh) manusia dan cukuplah ALLAH yang menjadi saksi. (an-Nisa’:79)

2. Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya. (Yusuf:103)

3. Dan Kami turunkan (al-Quran) itu dengan sebenarnya dan (al-Quran) itu turun dengan membawa kebenaran dan Kami mengutus engkau (Muhammad), hanya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan al-Quran (Kami turunkan) beransur-ansur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan dan Kami menurunkannya secara bertahap. (al-Isra’:105-106)

4. Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam. (al-Anbiya’:107)

5. Mahasuci ALLAH yang telah menurukan Furqan (al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia). (al-Furqan:1)

6. Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Saba’:28)

7. (al-Quran) ini tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam. (Sad:87)

8. Padahal al-Quran itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam. (al-Qalam:52)

9. Maka berkat rahmat ALLAH engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada ALLAH. Sungguh, ALLAH mencintai orang yang bertawakal. (al-Imran:159)

Perbincangan Kedua

1. Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dan diri yang satu (Adam) dan (ALLAH) menciptakan pasangannya (Hawa) dan (diri)nya; dan dari keduanya ALLAH memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada ALLAH yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu. (an-Nisa’:1)

2. Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Teliti. (al-Hujurat:13)

3. Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas yang banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna. (al-Isra’:70)

4. Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada taghut dan beriman kepada ALLAH, maka sungguh dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (al-Baqarah:256)

5. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman. (Yunus:99)

Perbincangan Ketiga

1. Dan Kami tidak akan menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan kebenaran. Dan sungguh, kiamat pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik. (al-Hijr:85)

2. Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang. (at-Taghabun:14)

3. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan adalah yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari ALLAH. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. (asy-Syura:40)

4. Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia. (asy-Syura:43)

5. (Sebagai) satu keturunan, sebahagiannya adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (al-Imran:34)

6. Maka berkat rahmat ALLAH engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada ALLAH. Sungguh, ALLAH mencintai orang yang bertawakal. (al-Imran:159)

7. Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, kerana dia benar-benar telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia sedar dan takut. (Taha:43-44)

8. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang ataupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan. (al-Imran:134)

Perbincangan Keempat

1. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:82)

2. Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Baqarah:190)

Perbincangan Kelima

1. Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama denga seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. (an-Nahl:126)

2. Mudah-mudahan ALLAH menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. ALLAH Maha Kuasa. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang. (al-Mumtahanah:7)

3. Kecuali orang-orang yang musyrik yang telah mengadakan perjanjian denagn kamu dan mereka sedikit pun tidak mengurangi (isi perjanjian) dan tidak (pula) mereka membantu seoarang pun yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sungguh, ALLAH menyukai orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah:4)

4. ALLAH tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampong halamanmu. Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah:8-9)

Perbincangan Keenam

Kebebasan Beragama & Penyembahan

Agama Islam telah memberi banyak kebebasan individu dalam aspek beragama, seperti kebebasan berakidah, kebebasan, beragama dan kebebasan beribadah bagi setiap agama, bahkan telah menjadikan aspek agama dan anutan sebagai hak individu, kebebasan dalam beragama ini haruslah berdiri di atas asas-asas berikut;

1. Para nabi merupakan utusan dari ALLAH, mestilah dipercayai secara menyeluruh bukan diambil sebahagian daripada mereka sahaja atau nabi–nabi yang tertentu dan tidak boleh membeza-bezakan diantara mereka. Firman ALLAH Subhanahuwataala “katakanlah, “kami beriman kepada ALLAH dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaaqub dan anak cucunya dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun diantara mereka, dan kami berserah diri kepadaNya” dan didalam ayat yang lain pula disebut “dan mereka berkata “dan kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari rasul-rasulNya.” dan mereka berkata, kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu tempat kami kembali”, dan ayat ketiga menyebut “Adapun orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasul-rasulNya dan tidak membeda-beda diantara mereka (para rasul), kelak ALLAH memberikan pahala pada mereka. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.

2. Tidak dibolehkan memaksa seseorang untuk menganut mana-mana agama sebagaimana tidak dibolehkan paksaan didalam meninggalkan mana-mana agama atau kepercayaan. Firman ALLAH Subhanahu Wataala. “Tidak ada paksaan dalam menganut mana-mana agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat. Barang siapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada ALLAH, maka sesungguh, dia telah berpegang teguh pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengetahui”. FirmanNya lagi didalam ayat Nya yang lain yang mengunakan uslub provokasi berbalik “Dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman seluruh orang dibumi seluruhnya, tetapi adakah kamu hendak memaksa manusia agar mereka menjadi manusia yang beriman?” didalam tafsiran firman ALLAH yang ketiga menyebut “bagimu agamamu dan bagiku agamaku”.
  • Buku Tarikh Khalifah bin Khayyat m/s; 276
  • Surah al-Baqarah ayat:136
  • Surah al-Baqarah ayat:285
  • Surah an-Nisa ayat:152
  • Surah al-Baqarah ayat:256
  • Surah Yunus ayat:99
  • Surah al-Kafirun ayat:6
Perbahasan, atau perbincangan isu keagamaan oleh ahli agama mestilah berlaku dalam keadaan tenteram, saling menghormati dan menjaga adab dalam berbahasa. Firman ALLAH Subhanahuwataala “katakanlah (Muhammad) “wahai ahli kitab! Marilah kita menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak akan menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain ALLAH, jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka “saksikanlah, bahawa kami adalah orang muslim” dan didalm ayat yang lain pula “serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikamah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” firman ALLAH didalam ayat ketiga pula “dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik kecuali dengan orang-orang yang zalim diantara mereka dan katakanlah ”kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada mu, Tuhan kami dan tuhan kamu satu dan hanya kepadaNya kami berserah.

Tempat ibadat bagi setiap agama itu diangap suci dan terhormat jadi tidak dibolehkan untuk mana-mana pihak untuk mengangu ketenteramannya ataupun merosakkannya. ALLAH berfirman didalam kitabnya yang mulia, ”iaitu orang-orang yang diusir dari kampung halaman nya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata “Tuhan kami ialah ALLAH”, seandainya ALLAH tidak menolak keganasan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid yang didalamnya banyak disebut nama ALLAH. ALLAH pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamaNya, sungguh ALLAH Maha Kuat dan Maha Perkasa,” selain itu Islam juga memberi penganut agama lain kebebasan bagi mereka menegakkan pahaman agama mereka dan mengamalkanya tanpa gangguan, oleh kerana itu menganggu agama lain beribadat atau merosakan tempat ibadat mereka adalah perbuatan yang dilarang. Telah diceritakan satu masa dahulu Umar ibn al-Khattab ketika beliau masuk ke kota Baitul Maqdis pada tahun (15 hijriah/635 masihi), beliau telah menetapkan untuk mengekalkan sebanyak 15 buah gereja dan memberi kebebasan penuh bagi penduduk yang tidak beragama Islam untuk memilih agama yang ingin dianuti dan kebebasan dalam mengamalkan anutan mereka, dan kitab-kitab sejarah ketamadunan juga ada menyentuh perkara yang sama dan menunjukan toleransi dalam agama Islam.

Memberi kebebasan beragama pada penganut agama lain bererti memberi ruang bagi mereka mengamalkan apa yang dibolehkan didalam agama mereka seperti dalam isu makan dan minum dan kebebasan berbentuk social, kekeluargaan seperti nikah, cerai, nafkah dan perwarisan harta dan sebagainya serta menjaga hak-hak mereka dan memelihara kemulian mereka.

Telah diceritakan bahawa pada zaman khilafah pemerintahan Umar ibn al-Khattab RA, beliau telah memerintahkan agar ahli Zimmi mendapat wang saraan bulanan bagi sesiapa diantara mereka yang tidak lagi mampu berkerja dan menyara hidup. Mereka (ahli Zimmi yang tidak berkemampuan) tidak perlu membayar cukai jizyah sebagaimana yang ditetapkan sebelumnya. Cukai jizyyah ditetapkan ke atas orang kafir yang berlindung atau rela duduk dibawah Negara pemerintahan Islam sebagaimana orang Islam sendiri diwajibkan membayar zakat bagi yang layak dan berkemampuan. Diceritakan juga pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz RA, beliau telah menulis kepada pegawanya di Basrah Adiy bin Arthoah: “………dan perhatikanlah siapa dikalangan mu dari ahli Zimmah, andai mereka tidak lagi mampu berkerja dan telah berusia tetapi memerlukan mata pencarian maka bayarlah mereka…..
  • Surah ali-Imran ayat:64
  • Surah an-Nahl ayat:125
  • Surah al-Ankabut ayat:46
  • Surah al-Haj ayat:40
  • Kitab Tarikh Dimashq Alkabir ibni Asakir m/s:241
  • Kitab al-KHaraj ibni Yusuf m/s:136
Perbincangan Ketujuh

Kesan Tamadun Islam Dalam Perkhidmatan Kemanusiaan

Telah dihuraikan dalam kitab-kitab tamadun Arab Islami tentang keterangan pencapaian yang dimajukan oleh orang Islam untuk dunia secara ummnya dan untuk Eropah secara khususnya dalam semua bidang: agama, pensyariatan, peradaban, bahasa, ilmu teknikal, perkhidmatan kemasyarakatan dan sebagainya. Dan kami akan menghuraikan secara jelas tentang kesan tamadun Islam dalam perkhidmatan kemanusiaan. Kami akan jelaskan seperti berikut:

1. Aqidah Dan Agama

Sesungguhnya prinsip tamadun Islam telah memberi kesan dalam gerakan pengislahan agama di Eropah semenjak kurun 17 Masihi hingga zaman pembangunan Eropah, dan inilah natijah daripada hasil pemikiran Islam yang tersebar di negara barat melalui penukaran barang dagangan atau melalui Perang Salib, maka terserlah pemikiran Islam yang tersebar di Eropah bahawa penghambaan manusia adalah terhadap ALLAH Yang Esa, dan sesungguhnya ibadah-ibadah tersebut dibawa secara langsung kepada ALLAH tanpa menggunakan perantaraan, dan para pengkaji telah mengenal pasti bahawa gerakan Martin Luther di Armani menjadi bukti bahawa terkesannya negara barat terhadap aqidah Islam.

2. Pensyariatan

Orang barat telah mendapat faedah yang banyk daripada hukum-hukum feqah, syariah dan konsep Islam yang dibawa oleh pelajar Eropah yang telah belajar di sekolah-sekolah Islam di Andalusia (Spain) yang dicari-cari negara Eropah sebelumnya.

3. Bahasa Dan Peradaban

Orang barat telah terkesan dengan peradaban Arab lebih-lebih lagi para pensyair dan cendekiawan, dan ini telah menyebabkan mereka maju dalam bidang seni cerita-cerita peradaban dan Hikayat Parsi yang dibawa orang Islam ke negara barat seperti kisah Seribu Satu Malam yang diusahakan oleh sebahagian besar daripada para pencerita Arab selama berkurun-kurun dan yang diterjemahkan serta dicetakkan lebih daripada 300 cetakan ke dalam bahasa Eropah. Buku Kalilah wa Damnah yang ditulis oleh Ibnu Al-Maqfa’, dan buku Risalah al-Ghufran yang ditulis oleh Abi al-‘Ala’ al-Ma’ri, dan buku Wasful Jannah yang ditulis oleh Ibnu al-‘Arabiy dan pesanan Hayyubnu Yaqzhon oleh falsafah Arab yang bernama Ibnu Tuffail, maka sesungguhnya buku-buku ini adalah bukti yang jelas dan terbesar dalam peradaban dan cerita-cerita Eropah.

4. Definisi Negara Dan Hubungan Antara Rakyat Dengan Kerajaan.

Orang barat banyak mendapat faedah daripada prinsip-prinsip yang diisytiharkan oleh tamadun Islam, dan antara prinsipnya ialah rakyat berhak dalam memilih pemerintahnya, dan para pembesar dan ulama’ juga tidak terkecuali daripada menjadi sebahagian daripada rakyat. Sesungguhnya tanggungjawab para pembesar adalah bersungguh-sungguh dalam mencapai kemaslahatan rakyat dengan amanah, dan sesunggunnya tiada pengagungan terhadap seseorang dan pengabdian antara satu sama lain dalam pemerintahan ini. Prinsip-prinsip ini juga menjadi asas bagi negara Eropah dalam membentuk kerajaan berdasarkan kepentingan rakyat.

5. Ilmu Praktikal

Pertama: Matematik

Islam telah mempengaruhi orang barat dalam ilmu Matematik, Algebra dan Kejuruteraan seperti berikut:

1. Orang Islam telah mencipta asas pengiraan dari segi tambah, tolak, darab dan bahagi dan ilmu-ilmu ini telah dikembangkan ke Eropah dan digunakan dalam bidang keilmuan melalui pengiraan yang lazim dan perpuluhan dan penciptaan pecahan.

2. Orang Islam juga merupakan pengasas ilmu Algebra dan orang pertama yang memberi nama Algebra seperti yang mahsyur pada zaman sekarang. Mereka juga telah membukukan ilmu ini secara meluas. Antara ulama’ termasyhur dalam bidang ini ialah Al-Khawarizmi dan Abu Bakar bin Muhammad al-Qurhi.

3. Kita tidak akan berpeluang mempelajari ilmu Phytogaras Theoram tanpa, maka mereka selayaknya dipuji atas ciptaan mereka yang sistematik dalam ilmu falak dan dalam ilmu kejuruteraan yang diasaskan oleh Ulama’ Yunani.

Kedua: Ilmu Falak

Orang Islam telah berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang ini bertujuan untuk kehidupan seharian, ilmu ini juga berkait rapat dengan ibadah. Sebagai contoh, ilmu ini boleh menjadi penentu arah kiblat dalam menunaikan solat serta penentuan bulan Ramadhan dan Syawal. Ilmu ini juga dibantu oleh perkembangan ilmu Matematik. Terserlahnya pengaruh Islam dalam bidang ini seperti berikut :

1. Mereka telah menterjemahkan kitab-kitab falak yang lama dari bahasa Yunani, Rom, Parsi dan India. Mereka juga telah membetulkan kesalahan-kesalahan dan melakukan penambahbaikan dalam kitab-kitab tersebut, mereka turut menjaga kitab-kitab ini dengan rapi. Sesungguhnya kitab-kitab terjemah ini telah hilang melainkan kitab bahasa Arab.

2. Mereka menjadikan ilmu falak ini sebagai ilmu yang tetap dalam membuat pemerhatian, pemeriksaan dan penentuan. Mereka tidak menjadikan ilmu falak ini sebagai ilmu tilik menilik seperti yang dilakukan oleh bangsa Yunani.

3. Mereka telah menyucikan ilmu falak ini daripada khurafat ilmu tilik menilik (nujum).

4. Mereka turut menambah penemuan baru dalam ilmu ini seperti menambahbaikkan alat pengukuran ilmu falak yang lama dan mereka tekah menggunakan istilah-istilah ilmu falak yang dimanfaatkan oleh orang Eropah. Mereka juga mendirikan pelbagai institute ilmu falak di Samarkand, Kaherah dan Damsyik. Dalam ilmu ini, mereka telah menggunakan peralatan yang lebih halus seperti alat pengukur yang lebih sensitif ukurannya dan sebagainya.

5. Antara ulama’ yang termasyhur dalam kalangan orang Islam dalam ilmu falak ialah Muhammad Ibrahim al-Fazary, Muhammad bin Sinad at-Tani dan Umar al-Khayyam.

Ketiga: Geografi

Perkataan geografi berasal daripada perkataan Yunani yang membawa maksud ciri-ciri bumi, antaranya keadaan muka bumi dan atmosfera. Antara pengaruh orang Islam dalam ilmu ini adalah seperti berikut :

1. Mereka telah menghapuskan ilmu ini daripada khilaf dan perkara yang karut, mereka turut memberi penambahbaikkan terhadap ilmu ini dengan sesuatu yang lebih bernilai.

2. Mereka telah memperkenalkan pembahagian dalam ilmu geografi. Antaranya ciri-ciri geografi yang menyifatkan keadaan negara dan bandar, dan ilmu geografi At-thobughrafiyyah yang mengkaji tentang perancangan bandar. Seterusnya ilmu geometri yang mengkaji tentang penentuan garisan latitude dan longitude serta ilmu mengenai jarak dan keluasan sesebuah negara. Ciri-ciri seterusnya ialah ilmu geologi yang mengkaji tentang perubahan yang berlaku kepada kerak bumi dan masa lalu.

3. Mereka telah membukukan ilmu yang bernilai dalam bidang geografi dan mereka turut mengukur bumi ini dengan menggunakan peta bumi hasil lakaran mereka sendiri seperti peta dunia yang diperintahkan oleh Khalifah al-Ma’mun al-‘Abbasi. Dari sinilah terserlahnya dunia daripada segala sudut seperti cuaca, bintang-bintang, benua-benua, bandar-bandar dan populasi penduduk. Peta ini dikenali sebagai Al-Ma’muniah yang dinisbahkan kepada Khalifah al-Ma’mun.

4. Mereka juga merupakan orang pertama yang mengaitkan ilmu geografi dengan ilmu falak, maka secara tak langsung merekalah orang pertama yang mendahului dalam bidang ini. Antara faktor yang membantu orang Islam dalam mengembangkan ilmu ini ialah: perluasan negara Islam, aktiviti-aktiviti perdagangan telah berleluasa dalam kalangan orang Islam dari jalan darat dan laut, kawalan mereka terhadap laluan perdagangan antarabangsa, orang Islam menunaikan ibadah Haji, hubungan rapat mereka dengan negara-negara antarabangsa, pengembaraan sebahagian ulama’ geografi dari jalan darat dan laut sama ada untuk berdagang, pemerhatian ataupun penerokaan.

5. Antara ulama’ geografi yang termasyhur ialah: Al-Kalbiy yang dikatakan beliau merupakan orang pertama yang menulis buku geografi, Salman as- Sirafiyy yang telah membuat kajian tentang ciri-ciri laut hingga ke negara Cina dan Yaqut al-Hamawiy yang merupakan pemilik kitab yang bernama Mu’jam al-Buldan, dan Ibnu Batutah pemilik kitab Tuhfatul Anzhar fi Gharaibil Ansariyy dan Al-Idrisiy dalam kitabnya yang bernama Nuzhatil Mushtaq fi Ikhtiraqil Afaq dan beliau merupakan orang pertama yang membuat peta yang sempurna untuk dunia ini pada masa itu, dan Abul Fida dalam kitabnya Taqwimul Buldani.

Keempat: Kimia

Perkataan kimia ini berasal daripada nama orang Mesir yang lama iaitu Kamt yang bermaksud bumi yang hitam. Ilmu ini juga dinamakan sebagai Al-Iksir yang bermaksud ilmu yang mengkaji tentang bahan dan antara pengaruh Islam dalam ilmu kimia ialah :

1. Mereka telah menyelesaikan banyak permasalahan dalam bidang kimia dan membezakan antara asid dan alkali. Mereka turut menjelaskan tentang bahan-bahan yang aktif dalam Kimia seperti Sodium dan Potassiom dan ini menjadi bukti tentang kepakaran orang Islam dalam bidang kimia berbanding orang barat.

2. Mereka telah menyusun ilmu kimia ini secara sistematik dalam keperluan seharian. Mereka telah mencipta eksperimen dalam bidang kimia dan memperkenalkan sistem timbangan dan perkara yang berkait rapat dengan timbangan sehingga mereka menamakan sistem ini sebagai timbangan. Antara bukti-bukti yang menunjukkan kemajuan orang Islam dalam ilmu kimia ialah mereka telah menggunakan ubat bedil dan menghasilkan bau-bauan yang wangi, kertas, da’wat, kaca serta mengecat pakaian dan kulit. Mereka turut membuat campuran kimia seperti asid, potassium, carbonate dan mampu memisahkan antara emas dan perak melalui asid. Mereka juga telah menggunakan sebahagian daripada campuran itu untuk menyediakan oksigen. Selain itu, mereka mengenalpasti jenis-jenis binatang yang berbisa dan tumbuhan yang beracun. Bukti yang menunjukkan bahawa orang Islam telah pun maju dalam bidang kimia ialah penerokaan mereka mengenai bahan-bahan yang luntur dan yang boleh memadamkan kebakaran. Ibnu al-Asir berkata “sesungguhnya orang Islam telah menggunakan cat untuk melindungi kayu daripada kebakaran”.

3. Antara ulama’ kimia yang termasyhur ialah Jabir Al Hayyan dan antara bukunya yang termasyhur ialah Ar-Rahmah dan As-sumum wa Daf’u Mudhariha dan al-Khawasul Kabir.

Kelima: Fizik

Antara sumbangan Islam terhadap ilmu ini adalah seperti berikut:

1. Mereka telah menterjemah kitab Yunani dan membetulkan ilmu ini daripada kesalahan serta memberi penambahbaikan terhadap ilmu ini dengan perkara yang baru seperti pendapat mereka tentang pantulan cahaya dan pembakaran kertas melalui pantulan cahaya pada cermin, tekanan air.

2. Mereka meletakkan kaedah fizik ini dalam pelbagai keadaan seperti kaedah getaran dan mereka membuat penilaian berdasarkan masa. Setiap penilaian ini memerlukan masa yang lama untuk mengenalpastinya. Mereka juga telah memperkenalkan istilah-istilah baru dalam pengukuran ilmu fizik.

3. Antara ulama’ fizik yang termasyhur ialah Ibnul Haitham yang telah membukukan lebih daripada 200 cetakan dan beliau juga telah memberi sumbangan terbesar dalam menyelesaikan masalah banjir Nil dan antara kitabnya ialah Al-Manazir yang membahaskan tentang cahaya dan cermin, dan Al-Bairuni yang telah menentukan berat sesuatu bahan.

Keenam: Farmasi

Ilmu ini terkenal di kalangan orang Islam dengan nama lain seperti ilmu al-mumradat, al-aqaqir, al-adawiyyah. Dan antara bukti-bukti kepentingan orang Islam dalam ilmu peruubatan ialah kewujudan ubat di dalam istana-istana seperti: almari minuman sihat pada pemerintahan Fatimiyin, dan juga pada pemerintahan yang lain. Dan ilmu farmasi orang Islam boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Mereka adalah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu farmasi dan penyedian ubat dan herbal.

2. Mereka adalah orang yang pertama dalam mewujudkan sistem secara ringkas tentang cara menghasilkan ubat dan cara menjualnya dan mereka telah mengutuskan seorang pegawai untuk memeriksa ubat dan mengawal cara menyediakannya.

3. Mereka juga adalah orang pertama yang mengasaskan sekolah-sekolah untuk bidang farmasi dan membukukan beberapa buku dalam bidang ini.

4. Mereka juga telah menerokai ubat yang baru yang tidak pernah diterokai sebelum ini seperti al-kafur, tamar hind, juz thaib, qarfah, misk dan sebagainya. Mereka juga telah menerokai pelbagai ubatan dan wangi-wangian.

5. Mereka juga mampu mencipta bekas atau balutan untuk menjaga ubat hingga sampai ke tangan pesakit dengan selamat dan pujian ini layak diberikan kepada Ibnu Sina.

6. Dan antara ulama’ Islam farmasi yang termasyhur ialah ibnu al baitor yang merupakan pakar ulama’ farmasi dan herbal. Dan antara kitabnya yang termasyhur ialah al mufrada yang ditulis sebanyak 1400 ubat yang tersusun mengikut huruf hijaiyah seperti kamus. Dan Ibnu Sina juga terkenal dalam ilmu farmasi dan juga ilmu perubatan.

Ketujuh: Perubatan

Pencapian orang Islam dalam ilmu perubatan ini boleh kita simpulkan dalam bidang-bidang berikut:

1. Mereka telah mengasingkan ilmu perubatan daripada ilmu nujum, dan segala ilmu yang salah dari segi Islam yang dibawa oleh umat sebelum ini.

2. Mereka telah melaksanakan uji kaji perubatan seperti: uji kaji air kencing, nadi, dan memberi penjelasan kepada pesakit tentang apa yang mereka meragui, cara kehidupan mereka,dan tentang penyakit yang mereka alami sebelum ini,dan tentang keadaan kesihatan mereka, dan tentang cuaca sesuata negara yang didiami oleh mereka, dan tentang punca penyakit mereka dan cara penyelesaiannya. Dan mareka juga telah membuat buku rekod bagi setiap pesakit.

3. Mereka telah memeriksa dan merekod segala perihal tentang pesakit dari kepala sampai ke kaki.

4. Mereka juga telah membukukan pelbagai buku yang kini menjadi rujukan orang Eropah di unversiti hingga ke kurun-20 sama ada dalam pembedahan atau pergigian.

5. Mereka juga telah memperkenalkan sistem pemindahan daging ke tempat yang lain secara betul dan halus.

6. Telah munculnya pelbagai ulama’dalam pelbagai bidang perubatan.Mereka juga telah member faedah besar kepada negara, sehinggakan bilangan doktor Islam mencapai 860 orang dan telah disebut nama mereka oleh sejarawan yang terkenal ibnu abi usiba’ah dalam bukunya uyunul atibba’, dan antara ulama’ yang termasyhur ialah: Ar Razi, Ibnu Sina, dan Muhammad Marwan Bin Zahr, dan antara ulama’ pakar mata yang termasyhur ialah Ali bin I’sa dan Solah bin Yusuf.

Kelapan: Perkhidmatan Masyarakat, Markas Kebajikan Dan Kemanusiaan

Tamadun Islam sangat mementingkan tentang kebajikan rakyat dan perihal kemanusiaan.Ia telah menuntut orang Islam supaya berbuat baik dan berbelas kasihan terhadap sesama manusia dan binatang.Dan antara pencapaian tamadun Islam dalam bidang kebajikan adalah seperti berikut:

1. Sesungguhnya pencetus utama dalam membina tamadun Islam adalah untuk mencapai keredhaan ALLAH dan cukuplah dengan kita mengatakan bahawa perkara ini telah dipupuk pada zaman nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan sahabat-sahabatnya yang lain, maka dari tercetusla semangat dalam membuat kebaikan dalam tamadun Islam dan telah diceritakan bahawa pejuang Islam yang bernama Salahuddin al- Ayubi RA telah menginfakkan segala hartanya dalam peperangan di darat. Dan setelah itu negara Islam telah dipenuhi oleh markas-markas kebajikan sehinggakan tiada siapa pun yang mendaftarkan nama mereka bahkan mereka mendaftarkan nama pembesar-pembesar mereka kerana mereka takut dituduh dengan tuduhan sum’aah dan berharta.

2. Sesungguhnya unit kebajikan Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

3. Institusi kebajikan dan sosial Islam mempunyai sikap yang komprehensif dalam bidang bantuan kemanusiaan iaitu tidak membezakan antara perbezaan agama. Adapun institusi ini menyediakan khidmat dalam bentuk kebaikan, perlindungan, kemasyarakatan dann sebagainya.

4. Tamadun Islam telah mementingkan tentang kehidupan seorang dan keadaan kesihatannya sepertimana ia juga menitik beratkan tentang para banduan dan para penganggur. Dalam masa Islam sedang menitik berat tentang hospital dan keadaan pesakitnya dan para panduan, di sebaliknya pembesar-pembesar Eropah sedang menyiksa para pesakit mental dan membunuh para banduan. Dan antara biro-biro kebajikan Islam dalam negara Islam ialah: masijd, hospital, hotel untuk para musafir, tempat minum air, gerai makan bahagian awqaf, dan bahagian yang bertanggangjawab terhadap orang tua, para banduan, pernikahan antara pemuda dan pemudi dan orang janda.

5. Dan antara unit kebajikan yang lain ialah bersimpati dan berbelas kasihan terhadapnya dengan menjaganya dengan sebaik-baiknya dengan memberi makanan kapadnya tanpa mengurungnya. Agama Islam telah melarang kita daripada berbuat kasar tehadap binatang kerana telah diceritakan bahawa seorang permpuan itu akan dimasukkan kedalam api neraka disebabkan dia telah mengurungkan kucing itu tanpa memberi makanan kepadanya. Dan perbuatan menzalimi binatang adalah daripada perbuatan bangsa Yunani. Dan ia juga berlaku di Sepanyol dan negara-negara lain yang suka menjadikan binatang itu sebagai mainan atau alat bertarung.

Perbincangan Kelapan

Kata-kata Orientalis

Disini ialah beberapa kata-kata dari orientalis barat yang membuat beberapa kenyataan tentang kebenaran agama Islam, dan begitu juga beberapa pandangan seminar kebangsaan berkenaan syariat Islam yang tidak dapat disangkal lagi:

1. Berkata “Master Darber” seorang warga negara Amerika: sesungguhnya orang muslimin terdahulu pada zaman khilafah tidak menjadikan agama semata, sebagai halangan bagi seseorang itu untuk dihormati atau dipandang tinggi samada seseorang itu berbangsa Nasrani atau Yahudi, bahkan mereka banyak memberi peluang kepada bangsa lain untuk turut sama memajukan dan menyumbang untuk pembagunan Negara sehingga satu tahap khalifah Harun ar-Rashid meletakkan seluruh kuasa pemerintahan pendidikan (kementerian pendidikan) dibawah penjagaan (Hana ibn Masiwaiyh), tanpa melihat kepada negara ataupun agama yang dipegang tetapi menilai dan menghormatinya diatas dasar ketinggian ilmu dan pengetahuanya semata-mata!

2. Berkata seorang sejarawan Britain “Walz” yang masyhur mengenai tesisnya yang berkenaan agama Islam: sesungguhnya (agama Islam) adalah agama yang diasaskan …………………………………………………………………………………………….) beliau juga berkata: “sesungguhnya agama ini penuh dengan ruh kelembutan, tolak ansur dan persahabatan” kata beliau lagi: “sesungguhnya Eropah sebuah Negara yang sesuai dengan agama Islam…………….)

3. Berkata seorang sejarawan “Ghaston Lobo” berwarganegara Perancis (……………………………….)

4. Orientalis Almani “jordzdeher” mempunyai pendapat tentang “Ijmak” yang merupakan salah satu dari asas syariah Islamiah dan berkata: “akan kamu perhatikan suatu hari nanti ijmak ini akan menjadi satu sumber kekuatan yang menjadikan agama Islam itu bergerak dan berterbangan dengan bebas, kerana ini lah asal yang menjadi penawar (……...) dan beliau juga merasakan perkara yang sama terhadap “qias” juga salah satu dari asas syariah Islamiayah: “kerananya diumpamakan seperti satu pemikiran yang mantap dalam syariah Islamiah….)

5. Berkata seorang ahli falsafah inggeris “Bernard Whushu”: “adalah agama yang dibawa oleh Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sesuatu yang baik sebagaimana ianya telah memudahkan kehidupan seluruh manusia, dan ianya satu-satunya agama yang sesuai dengan segala macam bentuk kehidupan (fleksibel), dan saya melihat wajarlah sekiranya nabi Muhammad digelar penyelamat umat manusia, dan sekiranya lelaki sepertinya yang memegang tampuk pemerintahan dunia ini pasti dia akan berjaya menyelesaikan berbagai kekusutan yang ada.”

6. Kata seorang guru agama berbangsa Perancis “Lambert”, beliau adalah tenaga pengajar jurusan undang-undang moden di Universiti Leon Perancis pernah berkata kepada pelajar-pelajarnya yang berbangsa Arab: “sesungguhnya kamu semua memilik harta yang tidak kami miliki: iaitu kefaqihan kamu dalam agama Islam dan beliau mengemukakan contoh terhadap pandangan “keburukan pengunaan hak” atau “penyalahgunaan terhadap hak”

Penutup

Saya telah mencuba sebaik mungkin untuk mengupas lapan perbincangan ini agar iannya mampu memberi sinar pada dunia Islam dan ketamadunannya dan menambahkan keyakinan muslim dan bukan muslim terhadap kemampuan agama ini untuk memimpin diri mereka dan dunia serta isinya ini adalah kerana tujuan turunya agama hanif ini bagi menyebarkan keadilan dan menyelamatkan yang menindas dan yang tertindas, dan telah saya susun penutup tesis ini dengan kata-kata dari oriental barat dan orang bukan Islam tentang pandangan mereka terhadap diin ini. Saya berharap agar tesis ini menjadi asbab agar kembalinya kegemilangan Islam itu sendiri. Ini kerana dunia hari ini benar-benar memerlukan kepada agama Islam, ditambah pula dengan pelbagai masalah korupsi yang menjejaskan ekonomi dunia seluruhnya.