KEPIMPINAN DUNIA ISLAM DAN CABARAN SEMASA
Oleh fadilatu Al-syaikh: Mahmod A’asyur (Mantan Timbalan Syeikhul Alazhar, Mesir)
Segala puji bagi ALLAH serta solawat dan salam ke atas baginda Rasulallah serta keluarga dan sahabatnya.
Tanggungjawab seorang pemimpin yang yang diwakilkan ALLAH untuk memimpin manusia untuk memikul tanggungjawab dan amanah ialah berusaha untuk menjamin suasana yang baik bagi rakyatnya dalam keadaan kesejahteraan dan merdeka tanpa tekanan, keganasan dan ketakutan supaya rakyat hidup dalam keadaan aman serta menyuarakan pendapat dengan kebebasan penuh.
Pemimpin juga perlu memilih pembantu dan penasihat yang soleh dan bijaksana serta berusaha untuk kepentingan rakyat dan negara dan membantunya untuk kebaikan serta memberi pandangan dan idea yang baik dengan ikhlas dan jika melaporkan sesuatu isu atau masalah ia perlu dilaporkan secara benar disertai dengan cadangan penyelesaianya.
Sabda Rasulallahi SAW yang bermaksud “jika Tuhan mentakdirkan kebaikan untuk seorang pemimpin maka dikurniakan untuknya menteri yang ikhlas, jika terlupa diingatkan olehNya dan jika ingat dibantu olehNya. sebaliknya jika Tuhan mentakdirkan keburukan untuk seorang pemimpin maka dijadikan untuknya menteri yang tidak baik, jika terlupa tidak diingatkan olehNya dan jika ingat tidak dibantu olehNya”.
Istilah menteri di dalam hadith tidak semestinya membawa makna menteri seperti yang difahami pada zaman sekarang tetapi ia bermaksud mana-mana pembantu atau penasihat yang mendapat kepercayaan pemimpin yang dikenali dalam bahasa arab dengan perkataan (hasyiah atau bitanah) seperti yang dinamakan pada zaman ini pada semua peringkat. Sekiranya hasyiah dan bitanah itu baik dan ikhlas pada pemimpin dan negara sudah tentu kesejahteraan dan kemakmuran akan tercapai dan sekiranya bitanah itu sebaliknya maka akan menyebabkan masalah-masalah dan pemimpin tersebut perlu menjauhkan mereka daripada jawatan yang disandang supaya tidak meneruskan amalan buruk keatas rakyat. Dengan ini pemimpin akan menyediakan suasana yang baik untuk rakyatnya yang akan menyokong pemimpin itu dengan ikhlas serta berusah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
Maka, syariah mengambilberat tentang seorang muslim sejak dilahirkan hingga pemergiannya. Islam juga mengambilberat tentang negara dari membersihkan jalan raya sehingga perhubungan antara bangsa.
Pemerintahan Islam bukanlah bermaksud kita berdakwah kepada orang Islam sahaja, tetapi kita perlu menyebarkan dakwah kepada semua tanpa membezakan agama dan status seseorang .
Sesungguhnya negara Islam adalah negara yang menjaga agamanya dan menegakkan syariatnya. Dan sesungguhnya Nabi menyeru kita supaya solat di belakang imam bukanlah untuk mengabdikan diri kita kepada imam, tetapi untuk menyembah ALLAH dan memartabatkan agamaNya.
Dan sesungguhnya umat Islam adalah sumber kuasa yang ditubuhkan didalamya ini bermakna umat Islam mempunyai hak untuk membicarakan pemimpin yang dipilih oleh mereka.
Dan perkataan " "مصدرالسلطات sombar kuasa, adalah dari istilah moden . Kita tidak perlu mengambil berat tentang nama, tetapi kita perlu mengambil berat hakikat dan maksud perkataan itu tanpa mengelirukan orang dengan istilah perkataan itu.
Sesungguhnya orang Islam telah membuktikan hak mereka dalam memilih pengganti Nabi pemerintah Islam tanpa pergaduhan atau rampasan kuasa.
Perlantikan ini berlaku secara adil dan dipilih oleh sahabat Nabi sendiri, mereka memilih berdasarkan ketaatan seseorang itu terhadap ALLAH dan kejujurannya dalam menyampaikan syariat ALLAH.
Di sini, seorang Islam itu, jika dia yakin akan kebolehan dirinya, maka dia boleh mencadangkan dirinya untuk kemaslahatan orang ramai, seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Yusuf untuk kepentingan kewangan Negaranya.
Khalid bin Walid juga telah menawarkan dirinya untuk memimpin tentera Islam dalam peperangan Yarmouk, begitu juga sahabat–sahabat yang lain yang menawarkan diri mereka sebagai pemimpin untuk kemaslahatan umat Islam.
Ada riwayat yang lain membantah perkara ini, sepertimana yang telah berlaku kepada Abu Dzarril Al-Ghaffari, beliau telah mencadangkan namanya, tetapi telah ditolak oleh Nabi S.A.W kerana menggangapnya lemah, kerana dia tidak mampu melakukannya.
Nabi juga telah menolak tawaran yang ditawarkan oleh sesetengah pemimpin, ini kerana Nabi sangat berhati-hati dalam memilih seseorang yang sesuai dengan tanggungjawab yang akan diberi, baginda juga sangat melarang dalam memilih seseorang itu mengikut hawa nafsu serta bertujuan untuk kepentingan diri sendiri.
Nabi S.A.W bersama–sama sahabatnya dalam mengajar mereka, baginda telah bersabda: Jika hilangnya amanah itu maka tunggulah balasannya, sahabat bertanya: bagaimanakah amanah itu boleh hilang? Baginda bersabda: jika amanah itu diberi pada orang yang salah, maka tunggulah azabnya, maksudnya disini, kita tidak boleh memberi sesuatu kerja kepada seseorang yang tidak mahir dalam bidang itu.
Islam sangat melarang memilih pemimpin yang mempunyai hubung kait dalam keturunan nasab sesuatu pemerintahan itu. Oleh itu, orang Islam telah bersetuju dalam memilih pemimpin secara sistem demokrasi, mereka juga menganggap pemilihan ini seperti keluarga yang besar yang bertanggunjawab dalam memilih pemimpin. Sesungguhnya dalam sunnah Nabi, ALLAH tidak menerima solat seorang imam jika dibenci oleh jemaah ma’mum. Solat itu adalah senang untuk dilakukan, oleh seorang soleh atau jahat.
Kepimpinan tertinggi umat Islam atau yang setaraf denganya adalah amat sensitif serta amat berat dan besar jika disandang oleh seorang yang tidak layak dengan mana-mana cara yang tidak betul tentulah bala dan kehancuran akan berlaku. Dan ini adalah sebab utama atau dengan kata lain satu-satunya sebab bagi kejatuhan umat Islam di timur dan barat.
Khilafah Islamiah adalah jauh berbeza dari pemerintahan firaun, kisra dan kaisar. Khalifah adalah seorang yang dipilih oleh umatnya sendiri, maka dia akan dihormati oleh orang ramai serta khalifah ini akan bersungguh dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Sepertimana yang digambarkan oleh ibnu hazam “sesungguhnya imam itu wajiblah kita taatinya selagi dia mengikut kitab ALLAH dan sunnah Rasulnya”. Jika seorang pemimpin itu mengabaikan salah satu dari keduanya, tidak perlu untuk kita mengikutnya, seterusnya perlulah kita menghukumnya mengikut hukuman had dan menggantikannya dengan pemimpin yang lebih baik. Dan inilah apa yang kita katakan, umat ini adalah sumber segala kuasa.
Kami telah melihat dan mendengar sebahagian dari orang yang berpura–pura beragama, gelisah dengan perkataan ini, dan kemungkinan besar mereka akan mengingkarinya. Dan tidak ada orang Islam akan mengingkari bahawa kebenaran itu adalah milik ALLAH. Tetapi apakah kaitannya dengan pemilihan pemerintah? Tidak ada kaitan. Sesungguhnya umat Islam yang beriman mereka akan memisahkan akan keduanya. Ada sebahagian dari mereka ini akan berpihak kepada mereka yang akan menyediakan mereka kemudahan bahkan pemerintah itu datang dalam suasana penjajahan, mereka tetap menerimanya. Bagi mereka tidak ada tempat yang kekal untuk mereka di dunia dan akhirat, sepertimana yang dikatakan oleh Abu Bakar As Siddiq dalam khutbahnya ketika beliau dipilih untuk menjadi pemimpin: “aku telah dilantik sebagai pemimpin kepada kamu semua tetapi ini tidak bermakna aku adalah yang terbaik antara kamu. Maka jikaku melakukan kebaikan bantulah diriku dan jika tersilap tegurlah aku kebenaran adalah amanah, penipuan adalah khianat. Dan yang lemah antara kamu adalah kuat bagiku sehingga ku memberikannya haknya serta seorang yang kuat itu adalah lemah bagi ku sehingga aku mengambil hak daripadanya taatilah ku selagi ku mentaati ALLAH dan RasulNya dan jika ku ingkar untuk mentaati ALLAH dan Rasul maka saya tidak akan mempunyai hak keatas kamu” Beliau telah memberitahu kepada umatnya, bahawa beliau juga dalam kalangan mereka, tidaklah beliau dilantik untuk menjadi seorang yang hebat tetapi ditanggungjawabkan untuk berkhidmat kepada negara dan rakyatnya. Sesungguhnya manusia itu sama sahaja dan kebenaran akan mengadili mereka.
Abu Bakar adalah khalifah yang ditaklifkan untuk menegakkan syariatnya, jika beliau mengabaikan tanggungjawabnya, maka jatuhlah ketaatan rakyatnya kepadanya. Sesungguhnya, beliau juga adalah seorang insan biasa yang memerlukan pertolongan daripada rakyatnya. Beliau juga berjanji akan membela orang yang lemah supaya mereka mendapat hak mereka serta tidak akan membiarkan orang yang kuat ( atasan ) menindas mereka.
Beliau juga mengakhiri khutbahnya dengan menyatakan bahawa ketaatan rakyat kepadanya adalah bergantung kepada ketaatannya kepada ALLAH dan RasulNya.
Ini menunjukkan perbezaan antara Saidina Abu Bakar dengan pemerintah sekarang yang berkata-kata seperti beliau. Beliau tidak memandang pemerintahan itu adalah darjat yang tinggi, tetapi beliau seorang yang tawadduk.
Beliau juga tidak mengharapkan gaji atau balasan dari rakyatnya, bahkan beliau mencari nafkah untuk keluarganya dengan cara sendiri iaitu perniagaan. Perkara ini diperhatikan oleh Umar Al-khattab dan Abu Ubaidah Bin Jarrah, mereka mencadangkan supaya Abu Bakar diberi gaji oleh baitulmal. Ini menunjukkan bahawa pemerintahan Islam ini adalah berdasarkan syura dan kerelaan rakyatnya dalam menegakkan kebenaran.
Diriwayatkan daripada Al-baghawi daripada Aisyah Radiallahuanha berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang banyak bermusyawarah dengan kaumnya seperti Nabi Muhammad S.A.W, Sesungguhnya baginda telah bermusyawarah tentang dunia mahupun tentang kemaslahatan umatnya yang tidak diturunkan secara wahyu. Sesungguhnya sistem musyawarah ini sangat berkesan dalam menjaga agama ALLAH dan menghindarkan dari kezaliman.
Sistem ini juga dapat melaksanakan sabda Rasul S.A.W yang bermaksud “sekiranya manusia melihat seorang zalim dan tidak menegurnya maka mereka akan dilanda bala ALLAH SWT”.
Negara Islam amat menjaga tentang hak kemanusiaan dari segi mental atau fizikal. Dan ia juga memberi keamanan kepada masyarakat. Maruah umat Islam amatlah dijaga sepertimana mereka menjaga masjidil haram atau lebih lagi dari itu, dan menegakkan keadilan dengan sesiapa sahaja sama ada penyokong atau pembangkang, ahli keluarga atau bukan dan kaya atau miskin. ALLAH juga memberi amaran kepada umat Islam keseluruhannya bahawa mereka akan dihancurkan sekiranya mengikut hawa nafsu serta mengamalkan rasuah dan kerosakan sepertimana yang disebut dalam ayat 127 surah hud yang bermaksud “ALLAH tidak akan menghancurkan sesuatu negara selagi penduduknya melakukan kebaikan”
Memandangkan kuasa ada pengaruh seperti pengaruh arak kepada sebahagian manusia maka Nabi mengingatkan para pemimpin daripada hawa nafsu dan kezaliman dalam hadith yang bermaksud “adanya dua golongan dari umatku tidak akan mendapat syafaatku iaitu pemimpin yang zalim dan jahil serta pemimpin yang mengamalkan penipuan dan rasuah.“
Disini, kita dapat faham apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasul S.A.W telah mengutuskan Muadz Bin Jabal ke Yaman sebagai wakil Nabi S.A.W. maka, Rasul telah berkata padanya “jauhkanlah dirimu dari doa orang yang di zalimi, sesungguhnya doa orang yang di zalimi tidak ada penghalang baginya.” Sama ada doa itu daripada Islam atau kafir .
Telah datang dari sunnah Rasul S.A.W, sesungguhnya orang pertama dari 7 manusia yang akan dilindungi pada hari kiamat adalah imam yang adil.
Disini, kita boleh lihat, sikap pemimpin yang sangat bertanggunjawab dan takut dengan hisab di hari kiamat. Kami dapati dari Ummar Al- Khattab “Demi ALLAH, sekiranya jatuhnya binatang tunggangan ini, beliau akan disoal di akhirat kelak.
Ketika sahabat mencadangkan anak Umar, beliau membantah dan beliau berkata “cukuplah seorang sahaja keturunannya yang akan ditanya pada hari kiamat kelak.”
Maka, perlulah kepada setiap pemimpin ini muhasabah kembali diri sendiri berdasarkan dalil yang dibentangkan diatas.