Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

4 January 2012

Dr M : I Will Campaign For UMNO And BN

Tun Dr Mahathir Mohamad said he is keen to campaign for Barisan Nasional in the next general election, adding he believes Datuk Seri Najib Tun Razak is supportive of it.

The former Prime Minister said he was especially keen to meet up with Umno divisional and other grassroots leaders whom he felt among some of them, were still besieged with disunity and factionalism.

“I want to meet them and hopefully be able to advise them that they must unite and stop the backstabbing to ensure the party will do well in the elections,” Dr Mahathir told The Mole.

He was commenting on blog reports that he had agreed to assist Najib in the coming general elections.

Asked when he planned to start to campaign for Umno and Barisan, Dr Mahathir said he was prepared to start at any time and has offered himself to carry out the task to Najib and the Umno leadership.

The participation of Dr Mahathir in the next election is much anticipated by Umno grassroots, as they believed he would help the party regain grounds they lost in the 2008 general election.

Many Umno members had then turned their back on the party because they shared Dr Mahathir’s disgust with the Tun Abdullah Ahmad Badawi leadership.

With Dr Mahathir publicly showing his support for Najib, Umno members were confident the party would be able to rally around the new leadership in the general election.

However, there were some who felt that the Umno hierarchy were dragging their feet in taking up Dr Mahathir’s offer to campaign and the lack of urgency may be the party’s undoing.

Prominent blogger Datuk Ahirudin Attan a.k.a Rocky had, in a posting on Tuesday, said that Dr Mahathir would most probably throw in his support behind Najib in the next general election.

The next general election, the 13th since Independence in 1957, is widely expected to be called within the next six months although the current government's five-year term would only expire in March 2013.


Source: The Mole

23 October 2011

Pembangkang Berkecenderungan Untuk Menyalahkan Umno Dan BN

SERDANG: Pihak Pembangkang mempunyai kecenderungan untuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk semua masalah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyalahkan penulis-penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anaknya telah mencabul teman sekolah berusia 16 tahun dan cuba melarikan diri dari hukuman.

"Jangan menyalahkan sesiapa. Walau bagaimanapun, adalah kecenderungan Pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka mempunyai masalah mereka sendiri, mereka mula menyalahkan Umno."

"Bagaimanapun, jika ada salah, kita perlu mengetahui apakah punca utama," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini.

Muhyiddin juga menggesa Lim untuk membuat laporan polis dan biarkan polis untuk menyiasat dan membersihkan tuduhan tersebut.

"Penafian semata-mata tidak mencukupi. Jika tidak salah, minta pihak polis untuk menyiasat bagi menjelaskan perkara tersebut," katanya.
 
 
Disunting dari Sumber : BERNAMA

16 October 2011

Kerajaan Pemenuhi Impian Rakyat Dengan PR1MA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini, menghadiri Majlis Cabutan Undi Terbuka untuk 560 unit Rumah Mampu Milik Pertama yang dikendilakan unit PR1MA di Precint 11 Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata campur tangan kerajaan melalui program khusus telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti.

Beliau berkata kerajaan melalui program khusus seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) membangunkan perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar-bandar besar yang terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan.

“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki. Kalau tiada campur tangan dan intervensi kerajaan melalui program khusus, maka ramai tidak mampu memiliki rumah yang berkualiti dan berdekatan dengan tempat kerja,” katanya pada Majlis Cabutan Undi Terbuka tersebut.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias, Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis.

Najib berkata rumah dan tempat kerja yang berdekatan akan meningkatkan produktiviti kerja. Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menimbulkan implikasi yang perlu ditangani kerajaan bagi mengelak tekanan sosio-ekonomi termasuk harga tanah atau rumah yang melambung tinggi sehingga rumah di kawasan bandar di luar kemampuan rakyat.

“Apabila berlaku keadaan ini, mereka terpaksa tinggal di kawasan berjauhan dari tempat kerja yang akan menimbulkan pelbagai kesukaran, termasuk pertambahan kos pengangkutan.Selain mengisi impian dan cita-cita rakyat untuk memiliki rumah, rumah dan tempat kerja yang berdekatan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat,” katanya.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata unit PR1MA telah menerima sambutan hangat apabila terlebih langgan 13 kali, iaitu lebih daripada 7,000 permohonan untuk mendapatkan 560 unit rumah di sini.

“Permulaan Program PR1MA, kerajaan akan membangunkan lebih banyak projek-projek ini di seluruh neegara dalam tempoh terdekat,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bawah Program PR1MA.

Fasa pertama PR1MA yang terletak di Presint 11, di sini, dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd merangkumi 420 unit rumah berkeluasan 815 kaki persegi dan bernilai RM120,000 dan 140 unit yang berkeluasan 1,006 kaki persegi yang bernilai RM150,000.

Harga pasaran unit-unit yang ditawarkan ini berharga RM175,000 dan RM220,000.

Sumber : UMNO Putrajaya